no comments

Kenali 3 Rahsia Menulis Tesis Yang Perlu Anda Tahu

 

Rahsia Pertama:
 Menulis tesis adalah satu proses yang saaaaaaaaaangat panjang dan berulang ulang-ulang-ulang-ulang. Oleh kerana anda belum betul-betul alaminya lagi, maka anda mungkin tak ambil pot perkara ini. Yang ambil pot adalah mereka yang telah terkelepot kerana dah berada di hujung semester.

Jadi anda perlu memulakan langkah pertama penulisan anda secepat mungkin, jika boleh sebaik sahaja anda mendaftar.

Sebelum anda boleh menulis dengan baik, kenalah belajar teknik menulis yang paling berkesan, paling cepat dan paling praktikal sebab menulis tesis melibatkan kerja-kerja editing yang tak pernah abis. Berulang-ulang kali sehinggalah anda berjaya submit thesis anda, atau anda gugur di perbatasan. Dan disinilah terbuka mata pelajar yang mengikut bengkel Document Map dan LR. Betapa mudahnya menulis jika menguasai aplikasi Document Map dan teknik-teknik lain.

Saya sedar ramai yang tak ada skill ini, sebab mereka berpuas hati menggunakan notebook berwarna pink dengan processor Intel-Core  Duo yang “powerful tu” macam mesin taip elektrik sahaja. Mereka ingin guna komputer yang “power tu” sama seperti guna serbuk pencuci” yang power tu” jugak!

 

Jadi bila saya cuba kendalikan beberapa pelajar maka ramailah yang mula tersedar lalu “terhenti dari lamunan” akan kepentingan skill ini. Bak kata nenek saya,”better late than never”! atau bak kata Justin Bieber, never say never”! Jadi (dengan izin) “the sooner you get started with your writing the better chance for you to graduate earlier or on time”!

Ironinya, ramai postgraduate buangkan masa satu semester yang awal tak buat apa-apa dengan alasan tak ada tajuk lagi, tajuk dah ada tapi belum konpom, mood belum mari, baru nak sesuaikan diri, belum ngam dengan advisor, jurnal tak jumpa, teori belum ada, SV sibuk, rumah tak ada wifi, komputer tak canggih, kawan-kawan semuanya pun belum mula lagi, why should I ? You tell Me!

Tahukah anda banyaknya masa yang anda telah biarkan berlalu dengan memberi alasan yang serataf dengan pelajar Tingakatan 3 sedang anda hanya ada 4 semester sahaja untuk Master dan 6 semester untuk PhD.

Inilah rahsia pertama. MULAKAN  PELUNULISAN TESIS ANDA SECEPAT MUNGKIN SECARA EFISIEN.

Rahsia Kedua:

Rahsia ini berbunyi begini – dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “DIPAKSA” dan “TERSEKSA” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awallah anda dapat memahami aspek-aspek kajian anda! (maka lebih awallah saya bergraduate-tau tak per!).

Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyaklah persoalan baru yang timbul, bnayaklah pengetahuan yang anda tambah, semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu, dan proses ini berterusan sehingga anda benar-benar dapat menguasai bidang kajian anda dan DALAM MASA YANG SAMA TESIS ANDA JUGA AKAN TURUT PROGRES! Bukanlah ini yang anda mahukan?

Rahsia Ketiga:

Idea anda walau sehebat mana pun tak akan ada nilainya untuk meng”graduate“kan anda jika idea tersebut tidak tertulis sebagai tesis. Banyak kes, kawan-kawan anda menjalankan kajian yang dasyat pada peringkat awalnya, kajian masterpiece, siap dengan data yang lengkap, tetapi tak sampai ke mana pun kerana gagal menyiapkan penulisan tesis. Tak siapa peduli idea dan data-data anda tersebut. Percayalah, kecuali jika ianya tertulis dalam tesis.

Memahami tesis secara overall sangat penting bagi anda memilih secara selective artikel-artikel baru yang anda ingin baca dan analisis. Ini akan memberikan lebih fokus dan memudahkan anda. Dan yang paling penting, SV anda boleh memberi komen yang lebih komprehensif kepada tesis anda, berbanding jika anda hanya hantar chapter by chapter.

So inilah tiga rahsia yang saya kongsikan yang saya ingin kongsikan. Anda tak perlu setuju dengan saya tetapi hayati dan fahami maksud yang tersirat, tersurat dan terpahat dalam tulisan saya ini.

Akhir kata, tulis awal, faham awal, edit awal, hantar awal, graduate awal !

SUMBER: DR OTHMAN TALIB

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL