no comments

5 langkah dalam membuat Document Map Tesis

Saya rasa teruja sebab usaha saya mempopularkan Document Map telah mula menampakkan hasil. Inilah asas penulisan pantas dan efisien yang tidak dikuasai oleh hampir semua pelajar siswazah yang bakal membuat thesis dan menggunakan MS Word.

 

Sungguh sadis bila komputer canggih manggih anda dalam berbagai bentuk dan saiz juga warna, dengan MS Word yang power, digunakan persis typewriter sahaja. Jika nama anda Taib, maka jadilah Taib and the Typewriter. Jika Siti jadilah SimpleSiti sebab guna features Word yang simple-simple jer masa manaip tesis (tapi pakai Simplysiti yang mahal-mahal woooo. New age. Clear skin).Bila tanya Document Map, Comapre, Split, Cross Reference, Break, Caption semua tak tau amende dan bagaimana nak guna, walaupun icon-icon tu dok tercongok (dah sedia ada) kat features MS Word tiap kali anda buka MS Word nak menaip tesis. Maka keluarlah jerih anda bila nak mengedit thesis anda yang menjela-jela. Buka file ni, tutup file tu, edit file ni, format file tu, dan membuatnya secara manual, macam typewriter! Bukan sahaja jerih, masa yang lama dan sangat membosankan anda membuat kerja-kerja yang sama berulang-ulang kali.

 

Saya simple?  Biarlah rahsia ( saya buka mulut masuk ribu-ribu. Anda buka MS Word kena taip ribu-ribu) .

Come on, saya guna typewriter sebab tulis lirik satu page jer tapi korang tulis ribu-ribu perkataan  woo.

Banyak komen-komen positif yang diterima dari peserta bengkel dan paling syahdu bila ramai yang dahulunya menulis macam kura-kura sehingga demam kura-kura kini dah mula bergerak laju. Thesis yang dulu terpendam macam harta karun berkurun-kurun, kini dah mula terbongkar dan mula menulis macam orang tak sedar diri sedang  menurun!

Ada peserta bengkel yang email dan maklumkan berjaya siapkan proposal untuk presentation dalam 3 hari 3 malam sahaja selepas lebih 3 bulan mengeram.

Namun ramai peserta bengkel yang bertanya jika mereka telah pun menulis thesis dan bagaimana nak reverse proses menjadikan thesis tersebut dalam mode Document Map  atau Navigation Pane. Walaupun saya dah tunjukkan dalam bengkel ( dengan menjadikan semua file dalam mode Normal), namun saya ingin tunjukkan satu lagi fungsi yang sangat mudah untuk tujuan tersebut.

 

Langkah 1:
Anda copy and paste semua chapter-chapter anda dan jadikannya dalam satu file sahaja.

Langkah 2:
Anda pilih Home-Select-Select All.

Langkah 3:
Anda pilih Home- Clear formatting (icon gambar eraser).

Langkah 4:
Semua format yang pelik-pelik akan hilang dan file anda akan jadi text tanpa heading.

Langkah 5:
Mulakan operasi Document Map/Navigation PaneHeading, caption dan lain-lain seperti dalan bengkel.

 

 

SELAMAT MAJU JAYA.

 

 

SUMBER: DR. OTHMAN TALIB

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL