no comments

LIMITASI DAN DELIMITASI KAJIAN

Limitasi:

Setiap kajian ada limitasi yang tersendiri. Oleh itu limitasi kajian perlu dilaporkan walaupun secara ringkas. Limitasi kajian merujuk kepada kemungkinan wujudnya kelemahan kajian yang di luar kawalan anda yang melibatkan parameter dalam metodologi kajian seperti pemilihan sampel bukan rawak, saiz sampel yang kecil, kesan variabel luaran atau variabel moderator yang anda kenal pasti mungkin memberi kesan kepada kajian anda.

 

Delimitasi:

Bahagian ini jarang dinyatakan oleh pengkaji. Delimitasi kajian iaitu penerangan kepada perkara-perkara utama dalam kawalan yang anda pilih menjadi fokus kajian anda. Sebagai contoh, anda perlu jelaskan dengan ringkas rasional mengapa anda memilih untuk membandingkan faktor gender bukan umur, memilih pelajar Tingkatan 4 bukannya Tingkatan 3, memilih faktor EQ bukan IQ dan sebagainya dalam kajian anda. Anda mesti jelaskan pemilihan ini supaya pembaca tidak tertanya-tanya.

Sumber: DR. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL