no comments

APA ITU JURNAL Q1, Q2, Q3, Q4 DALAM PENERBITAN HASIL PENYELIDIKAN?

Jurnal Q1, Q2, Q3, Q4 – Sebagai seorang ahli akademik atau seorang pelajar postgraduate, penerbitan jurnal adalah satu perkara yang wajib dilakukan. Bagi ahli akademik penerbitan jurnal adalah salah satu perkara yang dinilai bagi mendapatkan markah perkhidmatan tahunan yang tinggi. bagi pelajar postgraduate pula penerbitan jurnal adalah salah satu syarat yang perlu dipenuhi dan sekiranya tidak ada penerbitan sepanjang pengajian mereka maka pelajar tersebut tidak layak untuk tamatkan pengajian. Oleh itu, penerbitan jurnal adalah perkara wajib yang perlu dibuat oleh golongan ini. Namun adakah kita betul-betul mengenali setiap jurnal yang ingin kita terbitkan tulisan kita?apakah kategori jurnal yang ada?jurnal yang macam mana yang dikatakan terbaik?

Sebenarnya setiap jurnal ianya telah dikategorikan kepada beberapa kategori. pembahagian kategori ini dibuat berdasarkan tahap kualiti penerbitan jurnal tersebut. ia juga dinilai dari segi tahap impak penerbitan jurnal tersebut kepada masyarakat dan golongan penyelidik yang lain.Kategori-kategori jurnal adalah seperti berikut:-

  1. Jurnal yang tidak berindeks – jurnal jenis ini adalah kategori jurnal yang rendah kualitinya kerana ianya tidak layak untuk diindeks di dalam pusat data literature ilmiah seperti scopus, ISI dan sebagainya.
  2. Jurnal Berindeks – jurnal berindeks adalah jurnal yang telah tersenarai di dalam pusat data literature ilmiah seperti scopus, ISI dan sebagainya tetapi kemungkinan masih lagi tidak berimpak.
  3. Jurnal berwasit – jurnal berwasit adalah jurnal yang mempunyai penilai bagi penulisan yang dihantar. Penilai ini ditugaskan untuk menyemak kualiti artikal yang dihantar samada layak untuk diterbitkan atau pun tidak. Jurnal jenis ini tidak semestinya berindeks dan berimpak.
  4. Jurnal berimpak – Jurnal berimpak adalah jurnal yang mempunyai kualiti yang bagus dan boleh dijadikan sebagai rujukan oleh para penyelidik diseluruh dunia. ini kerana jurnal berimpak kualitinya bagus dari segi data, penemuan penyelidikan dan sebagainya.

senarai di atas adalah beberapa kategori umum setiap jurnal yang melibatkan hasil penyelidikan. Namun jika dilihat secara lebih terperinci, jurnal berimpak itu sendiri sebenarnya telah dipecahkan lagi kepada empat bahagian iaitu jurnal berimpak Q1, jurnal berimpak Q2, jurnal berimpak Q3 dan jurnal berimpak Q4. apakah yang dimaksudkan dengan setiap jurnal ini? Q1 bermaksud jurnal dalam kategori ini adalah paling berkualiti berbanding jurnal-jurnal yang lain.kualiti jurnal ini diikuti oleh Q2, Q3, dan Q4. maksudnya pembahagian kualiti jurnal telah dipecahkan kepada 4 bahagian. jika mana-mana jurnal dikategorikan salah satu dari kategori tersebut maka penulis akan dapat mengetahui tahap kualiti jurnal tersebut.

SUMBER: http://kamipelajar.com

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL