no comments

Tips: ENAM (LANGKAH) PENENTUAN ANALISIS STATISTIK

Anda akan menyediakan objektif dan persoalan kajian mengikut “suka hati” sahaja tanpa ada pertimbangan sama ada pesoalan kajian tersebut bersifat “measurable” – boleh diukur kemudiannya dengan instrument dan dianalisis dengan statistik.

Sebagai permulaaan anda perlu bertanya diri anda sendiri jawapan kepada sekurang-kurangnya enam soalan berikut kerana jawapan kepada persoalan ini akan membantu anda memastikan pemilihan analisis statistik yang betul.

  • Apakah objektif umum kajian anda?
  • Apakah persoalan bagi menjawab objektif kajian?
  • Apakah strategi bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut?
  • Apakah instrumen yang anda gunakan?
  • Apakah variabel dan skala yang terlibat?
  • Apakah analisis statistik yang sesuai?

Enam soalan? Mana mungkin pelajar yang baru nak sediakan proposal, baru first semester, gap kajian pun masih terawang-awang nak jawab enam soalan di atas?

  1. Objektif :

Apakah objektif kajian anda?

Anda ingin mengetahui tahap kesedaran keluar mengundi pelajar UKM yang berbeza jantina.

 

  1. Persoalan kajian:

Anda berminat nak tahu adakah terdapat perbezaan keluar mengundi pelajar berdasarkan gender.

Persoalan kajian: Adakah bilangan pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dalam keluar mengundi di UKM?

  1. Strategi:

Apakah strategi anda?

Kajian ini adalah kajian perbandingan antara bilangan keluar mengundi pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Jika perbandingan frekuensi keluar mengundi antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan, maka terjawablah persoalan kajian.

 

  1. Instrument:

Maka anda memerlukan instrument kajian iaitu soal selidik.

 

  1. Variabel:

Anda menggunakan jantina sebagai variable anda serta hubungan dengan variable kekerapan keluar mengundi.

 

  1. Statistik:

Data melibatkan skala nominal iaitu JANTINA (1: Lelaki; 2: Perempuan) dan KELUAR MENGUNDI (1: Ya; 2: Tidak). Oleh kerana data anda melibatkan perbandingan frekuensi (bagi variable berskala nominal), maka analisis statistik yang sesuai adalah chi kuasadua sampel tak bersandar.

Inilah antara sebabnya saya berpendapat pelajar patut mengambil kursus statistik dahulu sebelum mengambil kursus research methods, atau sekurang-kurangnya mengambil kedua-dua kursus tersebut serentak. Jika tidak, kesian anda teraba-raba dalam cahaya. Apa yang berlaku, mereka hanya mengambil research methods then the next semester barulah statistik. Akhirnya siapa yang susah?

Sumber: DR OTHMAN TALIB

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL