no comments

MEMBINA RANGKA SOROTAN LITERATUR

Sebagai pengenalan, sorotan literatur mestilah mengandungi sekurang-kurangnya empat aspek berikut:

  1. Sejarah perkembangan / latarbelakang / epistemologi berkaitan kajian
  2. Perbincangan berkaitan teori / konsep / variabel yang relevan yang mendasari kajian termasuk kerangka teori dan perbincangan kritis kajian lepas dalam bidang berkaitan
  3. Sorotan perkembangan terkini berkaitan kajian yang melibatkan perbahasan / isu / persoalan / terminologi baru yang timbul
  4. Bagaimana kajian anda menjawab soalan ‘what else need to be studied’ dari perkembangan terkini tersebut.

.

Empat aspek ini boleh dipecahkan lagi dalam bentuk story line of themes (SLOT) seperti satu plot cerita yang anda ingin tulis. SLOT bagi sorotan literatur ini pula berfokus kepada thesis statement seperti yang telah dibincangkan dalam Bahagian 1. Berikut adalah SLOT dengan 10 tema sebagai satu panduan untuk menulis sorotan literatur.

Tema 1: Topik umum

Baca kajian-kajian yang mempunyai topik yang sama walaupun dalam bidang / konteks berbeza seperti animasi dalam subjek lain selain sains. Masukkan secara umum kepentingan setiap kajian dan bagi membuktikan kepentingan animasi dalam berbagai bidang pendidikan dan bidang lain yang releven.

Tema 2: Idea Utama

Sudah pasti ada idea umum yang menunjukkan mengapa kajian-kajian yang berkaitan animasi dilakukan sehingga kini. Satunya mestilah potensi animasi menjelaskan konsep-konsep sains yang dapat menggantikan penjelasan hanya berdasarkan teks dan illustrasi statik.

Tema 3: Pengarang utama

Anda mungkin telah mengenalpasti penyelidik tersohor yang boleh dikaitkan dengan animasi dan pegangan mereka terhadap animasi yang menjadi tajuk kajian.

Tema 4: Metodologi

Bandingkan metod utama dalam kajian lepas, dan anda perlu memikirkan untuk menjalankan kaedah yang lebih baik seperti menggunakan statistik yang lebih advanced, atau menjalankannya secara mixed methods dalam mempertahankan thesis statement anda.

Tema 5: Definisi istilah utama, pembolehubah dan kata kunci

Tidak semua kajian menggunakan istilah dan atau kata kunci yang sama. Jelaskan mengapa terdapat perbezaan ini dan mengapa anda memilih apa yang anda gunakan. Istilah miskonsepsi misalnya mempunyai pelbagai istilah yang membawa maksud yang hampir sama seperti pra-konsepsi dan konsepsi awal pelajar yang membawa maksud yang umumnya sama. Anda boleh tulis dengan ringkas dahulu di bawah sub-topik ‘Definisi Operasi’ dalam Bab 1.

Tema 6: Pendekatan teori / model / kerangka teori

Terdapat banyak teori / model / kerangka teori yang perlu dikupas supaya semuanya dapat memberikan ‘a good overview of the prominent approaches to your concept’.

Tema 7: Persetujuan dengan kajian lepas

Kajian lepas yang membahaskan isu menyebelahi thesis statement anda – apa rasional dan bagaimana kajian selari dengan thesis statement tersebut.

Tema 8: Pertentangan dengan kajian lepas

Kajian lepas yang membahaskan isu yang tidak sepenuhnya menyebelahi thesis statement anda – apa rasional dan bagaimana pernyataan tersebut bertentangan dengan thesis statement tersebut.

Tema 9: Dapatan utama dan kesimpulan

Kupas dapatan utama dan kesimpulan kajian lepas bagi menegaskan keperluan ‘what else need to be done or studied’ dalam bidang kajian yang mengembangkan lagi kajian sedia ada.

Tema 10: Special issues / dapatan yang unik

Ini adalah tema terakhir jika terdapat apa-apa kelainan atau keunikan dapatan kajian dari artikel tertentu dari kajian lepas (jika ada) yang ingin dikupas yang releven dengan kajian anda. Misalnya, ada artikel yang bukan sahaja mengkaji animasi tetapi juga mengkaji animasi dalam bentuk simulasi atau avatar.

SUMBER: Dr. Othman Talib

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL