no comments

Perbezaan Statistik Parametrik Dan Statistik Bukan Parametrik

Statistik Parametrik adalah dari sampel yang boleh diiferensikan kepada populasi kerana kedua-dua populasi dan sampel mempunyai ciri yang sama iaitu tertabur secara normal. Oleh sebab itulah , syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum menjalankan analisis statistik parametrik adalah memastikan data sampel tertabur secara normal. Maka taburan normal juga dikenali sebagai parametrik apabila data selanjar ( data sela ) dipersembahkan dalam bentuk histogram atau poligon simetri berbentuk loceng.

Taburan normal ini bukan sahaja dapat dilihat melalui lakaran histogram , tetapi juga boleh dikira melalui ujian statistik seperti ujian kenormalan Kromogorov-Smirnov (KS) dan ujian kenormalan Shapirowilk-SW. Ujian SW sering digunakan untuk bilangan atau saiz sampel yang lebih kecil (n<100) walaupun tiada bilangan nilai saiz sampel yang jelas yang dipersetujui oleh penyelidik.

Sebagai rumusan , statistik parametrik adalah analisis statistik yang memerlukan data set tertabur sekurang-kurangnya menghampiri taburan normal. Jika taburan set data didapati tidak normal hasil dari sampel tidak rawak atau wujud skor ekstrem, maka set data sampel ini tidak dapat menggangar parameter dalam populasi tersebut. Oleh itu , analisis statistik bukan parametrik yang menjadi pasangan kepada statistik parametrik lebih sesuai digunakan. Selain menguji keharmonian , pastikan juga , skala yang digunakan pada pembolehubah untuk analisis statistik parametrik mestilah berskala sela atau nisbah.

 

 

Statistik bukan parametrik adalah bebas taburan normal dan menggunakan pangkatan skor sebagai asas pengiraan, bukannya min dan varians yang sebenar dari data pada skala sela atau nisbah. Ini bermakna , sebarang sampel yang tidak terabur secara normal atau segala pengukuran yang digunakan adalah pada skala kategori seperti ordinal dan norminal, maka statistik bukan parametrik leih sesuai digunakan.

Sebagai kesimpulan , set data pada skala kategori ( skala ordinal dan nominal) tidak boleh membentuk graf normal , maka ujian bukan parametrik sahaja yang sesuai .

Sumber : Spss Untuk Penyelidik Muda

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL