no comments

MACAM MANA NAK LAKUKAN PENYUNTINGAN (EDITING) ARTIKEL

Tentu anda biasa mendengar perkataan proofread (bacaan pruf) dan editing (penyuntingan) sebelum menghantar artikel untuk penerbitan. Dalam bidang penerbitan, kedua-dua perkataan ini saling berkaitan.

Penyuntingan diperlukan bagi meneliti kualiti tatabahasa yang digunakan, kelancaran idea dalam penulisan, makna yang disampaikan serta kesinambungan ayat dalam artikel. Penyunting profesional perlu dilantik bagi tujuan suntingan. Selalunya, pihak yang membaca semula artikel anda akan mendapati perlunya dilakukan penyuntingan bagi memudahkan pembaca memahami isi yang ingin disampaikan.

Penyuntingan ini sekaligus meningkatkan kualiti persembahan dan penyampaian yang diperlukan oleh editor jurnal. Malah, melantik penyunting yang profesional adalah satu keperluan. Penyunting profesional ini berhak bertanya kepada pengarang (melalui ulasan artikel) atau mengubah ayat atau perkataan yang difikirkan tidak sesuai, meleret atau sukar difahami. Penyuntingan perlu bagi memastikan artikel anda difahami dengan baik tanpa ayat yang berbelit-belit atau ayat yang membawa makna yang kabur. Ramai penyunting kini telah menggunakan fungsi Track Changes dalam aplikasi MS WORD bagi memudahkan pembetulan dilakukan oleh pengarang artikel.

-Sumber : Dr. Othman Talib-

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL