no comments

Kenapa Saya Belajar Tinggi-Tinggi Walaupun Sudah Bekerja Sendiri

Akhir-akhir ini banyak juga komen dan penulisan oleh sahabat-sahabat online yang cakap orang yang belajar tinggi-tinggi, buang masa dan duit
ibu bapa, akhirnya tak gunakan ijazah, master, mahupun PhD untuk bekerja.

Ada yang jadi suri rumah. Ada yang kerja sendiri. Ada yang kahwin awal dan buat bisnes online.

Dan ada yang kerja makan gaji tetapi tak sama bidang yang dia belajar (contohnya: kerja kerajaan, pramugari, model, tokey getah, usahawan dan sebagainya).

Don’t get offended by a such close minded people.

Saya nak beri beberapa sebab saya belajar tinggi tinggi. (Kalau ada tambahan nanti komen ya).

Sebelum itu, nak kongsi sedikit tentang pembelajaran saya:

1. Ijazah dalam kejuruteraan dari salah sebuah universiti di New York.

2. Saya ada minor dalam Business Finance.

3. Saya sambung belajar separuh masa sebagai akauntan bertauliah ACCA di bawah Oxford Brook University, UK.

4. Saya dapat ijazah dalam Applied Accounting dari Oxford Brook University, UK.

5. Saya convert ACCA saya dan dapatkan Global MBA dari Oxford Brook University, UK.

6. Saya sambung MSc IT dan graduate dari UiTM Shah Alam.

7. Saya sambung untuk convert ijazah saya di UNITEN untuk program BEM engineering untuk dapatkan title Ir.

8. Sekarang tengah sambung PhD di UiTM.

9. Habis PhD, rancangnya, nak buat diploma pengajian Islam.

Saya bekerja sendiri dan mempunyai syarikat dalam beberapa bidang bisnes yang tak berkaitan pun dengan pengajian saya.

.

 

.

 

Kemudian, kenapa saya kejar belajar tinggi tinggi:

1. Tuntutan agama

Nabi pun suruh kita belajar sampai ke negeri China.

Tak kisahlah orang kata hadis tu diragui ke tak.

Malah ayat Quran pertama yang turun pun menyuruh kita membaca.

2. Untuk kepuasan diri

Sesetengah orang kegembiraan dia pada harta yang banyak. Ada yang suka kereta. Ada suka rumah dan macam-macam lagi.

Saya pula suka belajar. Tak salah, kan?

Malah sijil atau gambar graduasi tak dipamer di inding pun.

3. Untuk famili dan keturunan

Satu hari nanti anak-anak akan lihat balik apa yang ibubapa dah buat semasa usia muda mereka. Ini adalah indirect motivation untuk anak-anak saya.

Ilmu itu penting. Dan ilmu yang bermanfaat boleh bawa ke mati.

Ye betul ibu bapa dulu-dulu tak sekolah pun pandai didik anak-anak jadi berjaya.

Tapi kalau tak ada ijazah pun anak-anak dah berjaya, bayangkan pula ibu bapa yang terpelajar, anak-anak akan lagi berjaya.

4. Untuk kecerdasan akal

Pendapat saya, belajar membuatkan otak kita sentiasa berfikir.

Ada kajian mendapati, otak yang selalu berfikir adalah otak yang sihat. Boleh menjauhi penyakit lupa, alzheimer dan sebagainya.

Tak semestinya ilmu sains, orang yang rajin membaca pun boleh cerdas otaknya.

5. Untuk disiplin

Apabila kita belajar, kita bukan sahaja belajar menimba ilmu.

Sebenarnya, kita juga belajar disiplin menguruskan masa.

Disiplin menguruskan wang. Disiplin menuntut ilmu. Disiplin menepati dateline dan sebagainya.

6. Untuk kecemasan

Untuk mereka yang bekerja sendiri atau surirumah, sangat perlu mendapatkan ilmu dan sekurang kurangnya mempunyai segulung sijil.

Sijil ini laku digunakan apabila berlaku kejadian yang tidak diingini dan sebagai tiket memulakan kehidupan baru (dibuang kerja, bisnes merudum, kematian pasangan dan sebagainya).

7. Untuk suka suka

Ini adalah sebab saya yang terbesar. Saya belajar sebab saya suka.

Kadang-kadang kita ada masa terluang. Kadang kadang kita perlukan distraction daripada masalah.

Jadi belajar adalah salah sayu cara melupakan aasalah.

Sementara menunggu untuk projek seterusnya, atau any life changing event, kenapa tidak belajar.

Sekurang-kuranya bila sampai masanya, dah ada sijil dalam tangan sebelum move on to new thing.

Masing masing ada matlamat hidup sendiri.

Sesetengah orang street smart. Sesetengah pula book smart.

Tak payah nak tuding jari siapa lagi bagus. Janji kita happy.

Saya budak kampung. Semua duit belajar cari sendiri. Satu sen pun tak pakai duit parent.

Jadi yang tiada duit macam saya dulu, ada niat, usaha, InsyaAllah berjaya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL