no comments

Tiga Tips Mudah Untuk Menghadapi Peperiksaan Viva

Peperiksaan viva [sebut: vaiva] atau di sesetengah universiti disebut juga sebagai final defense adalah untuk menguji kajian/tesis yang dikemukakan oleh calon untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD).  Dalam hal ini, semasa peperiksaan viva para calon PhD diminta untuk mempertahankan tesis mereka. Walau bagaimanapun, bukan semua universiti mengadakan peperiksaan viva contohnya, universiti-universiti di Australia. Calon PhD hanya perlu melakukan annual presentation di dalam fakulti untuk melaporkanprogress dan juga mendapatkan maklum balas daripada audience yang hadir semasa pembentangan.

Tips pertama kepada calon PhD, semasa menulis tesis, sila sediakan senarai ahli-ahli akademik (masih hidup) dari pelbagai universiti yang berkaitan dengan bidang kajian yang dilakukan. Hal ini adalah kerana besar kemungkinan salah seorang dari senarai ahli-ahli akademik pelbagai universiti tersebut merupakan pemeriksa luar yang turut menganggotai mesyuarat komiti peperiksaan viva anda. Sila cari, baca dan kuasai artikel-artikel dalam jurnal, buku-buku, (tesis PhD – jika mudah diperolehi dan berkaitan dengan kajian anda) yang ditulis oleh ahli-ahli akademik tersebut dan masukkan bahan-bahan tersebut sebagai sumber rujukan tesis anda. Tips ini amat berkesan, ‘menyentuh hati’ pemeriksa luar dan membantu anda untuk lulus peperiksaan viva.

Tips kedua, selepas penyerahan tesis untuk pihak fakulti mengadakan peperiksaan viva, kepada calon PhD sila baca kembali tesis tersebut. Hal ini adalah untuk mengenal pasti kesilapan tesis yang masih adawalaupun calon PhD telah membaca dan membaiki tesis tersebut berkali-kali sebelum menyerah tesis untuk peperiksaan viva diadakan. Selepas mengenal pasti kesilapan yang masih ada, sila sediakan lampiran kesilapan (nombor halaman) dan diikuti dengan pembetulan/pembaikian yang telah dilakukan. Buatbeberapa salinan lampiran tersebut dan bawa bersama semasa peperiksaan viva dijalankan untuk diserahkan kepada setiap ahli jawatankuasa peperiksaan viva anda. Tindakan ini mengurangkan serangan daripada pihak ahli jawatankuasa peperiksaan viva terhadap kesilapan yang ada di dalam tesis dan anda masih dapat mempertahankan tesis. Hal ini amat membantu jika kesilapan yang ada dalam tesis anda melibatkan data. Kesilapan data melayakkan anda mendapat major correction dan melalui cara ini dengan harapan ahli jawatankuasa mesyuarat peperiksaan viva anda boleh mengubah keputusan dari major correction kepada minor correction.

Semasa peperiksaan viva dijalankan, terlebih dahulu calon PhD diminta membentangkan kajian mereka sekitar 15 hingga 20 minit yang pertama kemudian diikuti dengan sesi soal jawab.

Tips ketiga kepada para calon PhD: bentang kajian anda dan  jawab soalan ahli komiti dengan meyakinkan. Maksud meyakinkan di sini ialah calon PhD boleh menjawab soalan tanpa merujuk dan menyelak halaman-halaman tesis mereka.  Jangan buat lawak jenaka masa viva kerana tidak sesuai, gunakan intonasi suara dan beri penekanan pada butiran yang wajar diberi perhatian. Hal ini untuk mengelakkan “the research is interesting but the presentation is boring, it killed the research and the audience too“.

Tidak ada tempoh masa yang ditetapkan untuk mengadakan peperiksaan viva. Terdapat universiti yang mengadakan viva bagi calon PhD selama setengah jam atau satu jam atau tiga jam. Namun begitu, terdapat sesetengah kes, viva PhD diadakan sebanyak dua sesi. Selepas peperiksaan viva sesi pertama, peperiksaan viva ditangguhkan ke suatu masa yang dipersetujui bersama di antara ahli komiti.  Kepada calon Phd, nauzubillah (kami memohon perlindungan Allah) daripada perkara itu. Semakin lama tempoh peperiksaan viva bagi seseorang calon PhD dijalankan, ia menunjukkan tesis calon tersebut banyak masalah. Walau bagaimanapun, hal  ini bergantung juga dengan rezeki (luck) masing-masing kerana walaupun ada kesilapan dalam tesis tetapi pihak ahli jawatankuasa mesyuarat peperiksaan viva anda tidak mahu memperbesarkan kesilapan-kesilapan tersebut dalam peperiksaan viva. Sebaliknya memadailah calon PhD diberikan laporan pemeriksaan tesis oleh pemeriksa luar dan pemeriksa dalam agar calon dapat membuat pembaikian sebagaimana dicadangkan oleh kedua-dua pemeriksa tesis.

Pembentukan jawatankuasa peperiksaan viva bagi seseorang calon Phd ada politiknya walaupun bukan semua pembentukan jawatankuasa peperiksaan viva itu berkait rapat dengan politik di antara para pensyarah-pentadbir universiti. Jika betul susunan ahli-ahli jawatankuasa peperiksaan viva tersebut, maka ia turut membantu dan memudahkan calon PhD tersebut untuk lulus begitu juga sebaliknya. Aku mengatakan perkara ini dalam konteks PhD di Malaysia.

Ditulis oleh 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL