no comments

Siapakah Pascasiswazah Pembawa Cokmar Di Raja Ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ini, sudah banyak program-program pascasiswazah yang telah dianjurkan oleh organisasi ataupun universiti-universiti yang mana untuk membantu kita mempersiapkan diri sebelum bermulanya pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Banyak terma baru yang mungkin masih ‘alien’ bagi kita seperti method apa nak guna untuk kajian seperti kualitatif atau kuantitatif? skala likert, interval , ordinal, theoretical dan conceptual framework dan banyak lagi.

Walaubagaimapun, untuk membantu pascasiswazah, terdapat satu program yang akan dianjurkan oleh MPWS Postgraduate Training yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Disember 2017 ini yang bertempat di MPWS Training Centre, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pascasiswazah mengenai pengajian pascasiswazah seperti software apa yang boleh digunakan untuk membantu research kualitatif kita, software SPSS untuk analisa data, penerbitan artikel jurnal, Viva Voce dan banyak lagi.

Di Postgraduate Camp ini, terdapat 8 orang penceramah yang akan share kepakaran masing-masing teramasuklah Dr. ini yang merupakan anak Malaysia pertama membawa cokmar di hari graduasinya di Adelaide.

Hari ini kami akan kongsikan kepada anda semua mengenai permulaan perjalanan kisah seorang doktor iaitu Dr. Syahrul Fitri yang menjadi pembawa cokmar diraja di University of Adelaide, Australia. Beliau dijemput untuk memberikan ucapan pada majlis konvokesyen PhD pada 17 September 2015. Diharapkan kisah ini memberi motivasi kepada anda!

Yang pasti , beliau juga akan bersama-sama untuk program Postgraduate Camp pada 9 & 10 Disember 2017 ini nanti. Baca perkongsian beliau ini.

ADELAIDE GRADUATION CEREMONY AND THE SHORT SPEECH BY THE MACE BEARER

‪#‎PhDforUmmah ‪#‎PHD4U
Alhamdulillah. 17/09/2015. Graduation ceremony “PhD in Medicine” The University of Adelaide, Australia. Selain mendapat official PhD scroll, menjadi satu bonus saya menjadi mace bearer (‘pembawa cokmar diraja’) dalam majlis yang dihadiri para graduan pelbagai ijazah daripada Faculty of Health Sciences; School of Medicine, School of Medical Sciences, School of Nursing, School of Dentistry, School of Psychology, Faculty of Professions; School of Economics, Adelaide Business School, dan Faculty of Arts. Alhamdulillah.

Baca: Doktor Ini Buktikan Kejayaannya Membuat PhD Dengan Cara ‘Short Cut’

Diperkenalkan kepada Canselor, Naib Canselor dan para academic procession yang disertai oleh professor-professor terbaik dalam pelbagai bidang, saya sebagai ‘orang baru’ berasa bersyukur dan teruja. Selain memberikan kata-kata semangat dan motivasi untuk kejayaan saya pada masa hadapan, mereka juga mengucapkan tahniah atas (1) outstanding academic achievement dalam tiga fakulti dan (2) excellent contribution to the institution and community; dua kriteria utama pemilihan mace bearer.

Tidak pernah saya bayangkan akan mendapat prestij sebegini. Semoga semua yang membaca coretan saya ini mendapat inspirasi, motivasi dan positiviti bahawa kita sebagai orang Islam, Melayu dan Malaysia mampu mencapai kejayaan cemerlang apabila kita berusaha gigih ke arahnya.

In-syaa-Allah Allah swt akan mempermudahkan dan percayalah kepada janji Allah swt bahawa setelah kesukaran akan dianugerahkan dengan kesenangan (surah al-Insyirah). Aameen.‪#‎MalaysiaBoleh

 

Ini adalah foto saya sedang memberikan speech. 17/09/2015 @BonythonHall. Of course I was very nervous but tried to act cool. Hehehe. Peluang memberi short speech yang cukup bermakna. Seorang yang berasal dari Kelantan, Malaysia menjadi ‘orang penting’ dalam sebuah majlis pengiktirafan pendidikan world-class terbaik di sebuah universiti di Australia. In-syaa-Allah saya akan kongsikan foto bersama mace pula nanti. Ada cerita menarik yang saya ingin kongsikan. NAK TAHU TAK? Heheh. Terima kasih!

Jazakumullah khair kathir ikhwah-ikhwah sahabat-sahabat di Adelaide atas bantuan terbaik. Terharu dengan kebaikan yang diterima. Moga perjumpaan dan perkenalan kita dirahmati Allah swt. Terima kasih kawan-kawan yang datang bergambar dan semuanya. Tak dapat nak sebut satu per satu.

 

Baca: Ikuti Kisah Wanita Yang Berjaya Menamatkan Perjalanan PhD Beliau Walau Diuji Pelbagai Cabaran

 

—————————-

POSTGRADUATE CAMP 3.0
TARIKH: 9 & 10 Disember 2017
MASA: 8.30 pagi – 5.30 petang
TEMPAT: MPWS Training Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor

MEDIUM: Bahasa Melayu
**Makan tengah hari dan sijil penyertaan disediakan

PENCERAMAH

Dr. Syahr Musafir
Tajuk: Hikayat Budak PhD

Mejar (B) Tuan Mohd Zin Mokhtar
Tajuk:Basic SPSS For Postgraduate

Prof. Dr. Juhana Salim
Tajuk: From Epistomology To Research Design: The Research Paradigm

Dr. Ani Munirah Mohamad
Tajuk: Kajian Kualitatif & Analisa Data Dengan ATLAS.ti

Dr. Nor Aida Abd Rahman
Tajuk: PhD Mosaic

Prof. Madya Dr. Nor Azwadi Che Sidik
Tajuk: Penulisan Jurnal Berkesan dan Penerbitan

Dr. Jalina Karim
Tajuk: ‘Bersedia untuk Viva?’

Penceramah Jemputan
Tajuk: Komunikasi Mesra Supervisor

 

Banyak lagi yang akan dikongsikan oleh Dr. Syahr bersama-sama kita bersama penceramah lain untuk program Postgraduate Camp pada 9 & 10 Disember ini nanti.

Cedok sesuatu di www.postgraduateworkshop.com/pgcamp

atau Whatsapps penganjur 011-2051 1234 untuk pertanyaan.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL