no comments

10 Tips Membantu Anda Pass PhD ViVa

Haa artikel  ini di tujukan Khas kepada  rakan pelajar Master & Phd  di luar sana. Usaha keras membuahkan hasil, lelah penat belajar ekstrak data dan akhirnya sampai sudah ke stage terakhir iaitu VIVA VOCE.. Wajib prepare untuk pembentangan terakhir ni. Kami akan kongsikan tips yang bermanfaat yang mampu membantu untuk menyediakan diri anda untuk mempersembahkan hasil penyelidikan di tahap tertinggi

.

  1. Ingat Viva Voce merupakan satu ujian untuk membuktikan bahawa anda menulis tesis itu sepenuhnya tanpa menciplak karya individu lain. Hasil tesis  tiada unsur plagiat dan Supervisor merasakan anda sudah bersedia untuk di nilai oleh panel, jadi tidak perlu takut dan gemuruh sebab anda sudah bersedia untuk peringkat terakhir ini.

 

  1. Viva Voce adalah “ open book exam”- anda boleh membawa sebarang barang yang anda perlukan untuk menjawab ujian ini dengan alasan bersebab. Jadi bawalah sekali salinan tesis anda. Jadi prepare dengan segala item yang di perlukan bagi memudahkan proses sesi soal jawab nanti.

 

  1. Penilai inginkan anda membentangkan penulisan tesis dengan jayanya –  ianya bukan suatu yang mudah ataupun yang sukar. Jangan terlampau gemuruh dengan soalan pertama yang akan di tanyakan.

 

  1. Follow peraturan asas perbincangan– jangan sesekali menggangu penilai, semasa mereka sedang memberikan soalan kepada anda. Selepas soalan di berikan barulah menjawab soalan tersebut. Bagaimanapun jangan resah untuk tidak bersetuju dengan soalan yang di berikan kerana ianya satu perbincangan di antara penilai dan anda. Selalulah Refer  penilai kepada hasil penulisan anda kerana jawapan yang di perlukan berada di situ.

  1. Ingat selalunya sesi Viva Voce mengambil masa 2 jam- walaubagaimanpun ianya boleh menjadi 90 minit – 4 jam. Jadi jangan tergesa-gesa, jika di berikan soalan hendaklah mencatit soalan tersebut  dan ambil masa untuk memberikan jawapan terbaik untuk soalan tadi.

 

  1. Tell a story- berkongsi dengan juri penilai mengenai perkara yang anda lalui untuk menyiapkan penulisan tesis, dari segi cara mendapatkan data, ekstrak data, mencari target group, pembentukan soalan temu duga, cara menemubual agar jawapan tidak bias Semua ini di kongsikan untuk menjawab persoalan yang di berikan oleh panel juri penilai. Ianya memudahkan anda untuk menjadikan cerita tersebut sebagai asas dan contoh untuk menjawab soalan yang di berikan.

 

  1. Cuba terbaik untuk selesaikan Viva Voce dan Enjoy akan soalan yang di berikan – ingat, tesis tersebut adalah  hasil penulisan dari kajian anda dan panel juri penilai ingin membantu anda lulus . jangan gentar dengan pengalaman yang di miliki oleh juri penilai jadi  anda kena ketahui satu perkara tiada siapa yang lebih pakar mengenai kajian yang anda lakukan. Dan jika tidak dapat menjawab soalan yang di berikan, jujur kepada juri penilai dan jangan sesekali berikan jawapan yang tidak matang.

 

  1. Ketahui makna lulus adalah – sebenarnya sukar untuk gagal Viva Voce, dari 10 sesi 6@7 pengkaji akan lulus. Maknanya kadar untuk lulus adalah tinggi.

 

  1. Juri penilai berada di sana untuk mendengar hasil penulisan anda – peringkat terakhir ini memerlukan pakar yang merupakan senior dalam bidang akademik dan arif dalam bidang kajian yang anda laksanakan. Mereka akan tekun untuk mendengar hasil kajian anda melalui pembentangan yang di lakukan.  Viva Voce adalah Peperiksaan terakhir untuk Phd dan semua penilai ini di panggil untuk mendengar dapatan daripada kajian yang anda perolehi.

 

  1. Viva Voce suatu aktiviti yang selamat – tidak ada yang mati semasa stage terakhir ini, Cuma resah dan bimbang sebab gusar tesis yang di hasilkan di tolak. Tapi ketahui supervisor telah percaya anda telah bersedia jadi mengapa masih was- was lagi?

 

Credit : Kevin O’Gorman

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL