no comments

Nak Berjaya Dalam Hidup? Jom Amalkan Tips Ni!!

Kadangkala pengalaman orang lain boleh dijadikan pengajaran untuk diri sendiri supaya kita dapat memperolehi masa depan yang lebih baik. Mungkin benda tu nampak remeh tapi kalau dipratikkan atau diamalkan boleh membawa perubahan yang besar kepada diri. Jeng jeng jeng!

Kalau bukan kita yang berusaha mengubah cara hidup kita, siapa lagi kan? Jom kita baca antara panduan untuk berjaya dalam hidup seperti:

  • Jangan Terlalu Mengikut :

Orang lain buat, kita pun nak buat juga! Kalau tak ikut, tu dah kira ketinggalan zaman la kononnya. Ceh! Sebenarnya tak perlu ikut apa yang orang lain buat sebab bukan semuanya baik atau sesuai untuk kita. Buat sesuatu yang kita suka dan rasa selesa. Sesuatu yang akan membawa kebaikan untuk kita.

  • Belajar Kawal Emosi :

Individu yang tidak dapat mengawal emosi mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan. Sesuatu yang mungkin akan membuat diri sendiri menyesal seumur hidup. So, sebelum mengambil sesuatu tindakan atau meluahkan sesuatu, pastikan emosi berada dalam keadaan stabil.

  • Kehidupan Perlu Diteruskan :

Kehidupan yang dimiliki adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Walaupun kadangkala kita harus berdepan dengan pelbagai situasi yang merumitkan dan menyedihkan, langkah ke hadapan tetap perlu diteruskan. Kata orang biarlah kita mengalah tapi jangan sesekali menyerah.

  • Harus Ada Pegangan Hidup :

Tanpa pengangan hidup, kita ibarat layang-layang yang terputus talinya. Tiada hala tuju malah masa depan pun nampak gelap.  Dengan adanya prinsip hidup kita akan lebih fokus untuk meneruskan kehidupan seharian.

  • Berfikiran Terbuka :

Anda perlu sentiasa berfikiran terbuka kerana lain situasi, lain caranya untuk kita tangani dan begitu juga lain orang lain kerenah untuk dihadapi. Dengan berfikiran terbuka, kita akan lebih positif dan akan dapat melihat kehidupan dengan lebih jelas.

  • Pelihara Maruah Diri :

Dalam apa juga situasi, maruah diri harus diutamakan. Bukan sahaja untuk menjaga nama baik diri, tapi juga nama baik agama dan keluarga. Perlu pandai membawa diri dan menjaga batas pergaulan. Hanya dengan cara ini sahaja akan membuatkan orang lebih mudah menghormati kita.

  • Jangan Buang Masa :

Jangan dibazirkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil. Sebelum kita menyesal kerana banyak masa yang telah dirugikan lebih baik kita isikan masa yang dimiliki sekarang ini dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah

  • Berangan Seiring Usaha :

Tidak salah untuk berangan. Angan-angan tu merupakan langkah pertama untuk mencapai kejayaan. Tapi kalau tidak disertakan dengan usaha, ia sekadar angan-angan kosong. Usaha tangga kejayaan. Kejayaan tak akan datang bergolek.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL