no comments

Tips Membuat Pembentangan Yang Hebat dan Berkesan

 

Tips Membuat Pembentangan Yang Hebat dan Berkesan

 

PENGENALAN

Ramai diantara kita sebagai pelajar IPT khususnya yang menghadapi masalah ketika dalam sesi pembentangan atau presentasi. Presentasi atau pembentangan adalah suatu perkara yang biasa dilakukan ketika masih belajar mahupun ketika sudah berkerja. Tetapi tidak semua orang menyukainya. Kerana apabila menyebut tentang pembentangan, apa yang bermain di fikiran adalah bercakap di depan khalayak ramai. Mungkin 2 orang, mungkin 5, mungkin juga 10 malah mungkin juga 100 orang. Hampir 70% hingga 90% mempunyai masalah bercakap di khalayak ramai. Perasaan malu, takut dan sebagainya sering berlegar – legar di kotak minda. Saya pasti jika diletakkan pistol dikepala sekali pun masih belum tentu lagi kita akan bercakap di khalayak ramai. Jadi kita sebagai pelajar khususnya harus melatih diri kita agar tampil berani dan tidak kekok untuk berbicara di khalayak ramai.  Jika di dalam kelas ianya merupakan satu proses pembelajaran yang patut kita semua lalui, dan dengan latihan tersebut kita dapat mengadaptasikan segala pengetahuan tau pengelaman kita itu bila bekerja kelak.  Malah ia boleh dijadiakn sebagai nilai tambah bagi diri seseorang apabila memasuki alam pekerjaan.

 

 

Dalam menjadi seorang pembentang yang baik kita perlu ada persiapan yang rapi tentang apa yang ingin kita sampaikan dalam pembentangan kita, jadi ianya amat memerlukan kita agar melakukan sedikit persiapan terhadap presentasi kita.  Apakah sebenarnya presentasi atau pun pembentangan? Secara logiknya, maksud pembentangan ialah menyampaikan sesuatu perkara kepada orang lain. Umpama kita menyampaikan berita kepada kawan kita. Yang membezakannya ialah, pembentangan di lakukan secara formal dan disampaikan kepada kumpulan yang lebih besar Antara tips untuk menjadi pembentang yang baik adalah:

 

1 : Pembukaan Yang Menarik Perhatian.

Pembukaan sesuatu pembentangan agak penting. Jadikannya formal dan jangan lupa salam. Salam pembukaan. Cuba selitkan pantun. Cuba buat kelainan, seperti, mula-mula sekali pantun, baru salam. Cuba pakai perkataan salam yang baru sepert ”Salam 1 Malaysia”. Suara meyakinkan. Pastikan pembukaan menarik perhatian. Kalau tidak, tidak bergunalah pembentangan itu. Cuba dekatkan diri dengan penonton. Ceritakan sedikit tentang diri sendiri seperti ”Saya hanyalah manusia biasa seperti kamu juga yang hanya mahu menyampaikan idea baru”. Buat penonton rasa macam kamu kawan mereka.  Pembukaan memang sangat penting dalam persembahan “slide”, mulakan dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit tentang apa yang hendak di persembahkan. Jangan campurkan isi persembahan dalam pembukaan. Selepas itu pastikan ia dilakukan dengan kreatif agar menarik minat penonton untuk menonton perbentangan kita itu.  Kita juga boleh menggunakan sesuatu gambar yang menarik bagi mencuri perhatian para audien, jika kita sedia maklum ramai diantara pembentang yang hebat akan menggunakan gambar terlebih dahulu sebelum mereka memulakan presentasi mereka.

 

2 : Penuh Keyakinan

Keyakinan merupakan kunci kejayaan pada setiap pembentangan. Ia adalah untuk memberi keyakinan pada penonton, bahawa pembentangan ini mempunyai ilmu yang padat dan untuk menunjukkan pada pensyarah bahawa kita telah membuat kajian yang banyak dalam hal yang berkaitan dengan pembentangan.  Dalam kehidupan kita, rasa kepercayaan diri adalah modal untuk mencapai kesuksesan dalam hal apapun. Rasa percaya diri boeh dimaksudkan sebagai keberanian dalam diri sehingga seseorang mampu melakukan sesuatu yang dianggapnya benar.  Jika kita sudah ada keyakinan diri yang tinggi sudah semestinya segala isi yang kita ingin sampaikan itu akan disampaikan dengan amat baik sekali.  Pastikan kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi jika ingin membuat sebuah pembentangan yang hebat.  Apabila kita sudah ada keyakinan yang tinggi kita tidak akan mempunyai rasa takut atau segan lagi ketika berucap.

 

3 : Penampilan Yang Bersesuaian.

Bagi saya penampilan yang baik juga adalah sesuatu yang amat perlu dititikberatkan oleh seseorang pembentang, ini kerana penampilan atau perwatakan yang menarik ianya mampu untuk menarit minat audiens dalam mendengar ucapan kita.  Sebagai contoh, walhal dalam pembentangan dalam kelas juga pensyarah amat mengalakkan kita agar tampil dalam pakaian yang menarik dan kemas.  Aspek pemilihan pemakaian rasanya amat penting untuk kelihatan lebih mantap di hadapan penonton. Bagi persembahan berkumpulan, kita digalakkan memakai pakaian yang sama contohnya jika berkemeja putih semua berkemeja putih. Sama juga jika memakai blazer.

 

4 : Bahasa Dan Suara Yang Jelas, Fasih dan mudah difahami.

Kita tak memerlukan suara seperti Yuna dan Anna Raffali untuk menjadi yang terbaik dalam pembentangan. Apa yang penting ialah suara yang cukup jelas dan tegaskan suara dibahagian tertentu yang mempunyai maklumat penting dan jangan memberi pembentangan laju macam kapal terbang. Fokus dan bertenang agar memperoleh fokus. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang ramai jangan sesekali menggunakan ayat yang boleh mengelirukan audiens kita.  Percakapan yang fasih merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam sesuatu pembentangan, jika kita tidak mampu bercakap dengan fasih sudah semestinya pembentangan kita itu akan menjadi kurang sempurna.  Bagi mereka yang mempunyai loghat negeri yang pekat amat penting bagi anda untuk melatih atau membiasakan diri anda ketika berucap.  Jika kita selalu membiasakan diri dalam bercakap bahasa melayu yang fasih lama-kelamaan kita boleh bertutur dengan baik tanpa loghat negeri tersebut.

 

5 : Informasi

Untuk membentangkan sesuatu perkara, perkara mudah sahaja tentang apa yang korang ingin bentangkan masih tidak mencukupi. Cari informasi tentang tajuk pembentangan dengan maksima mungkin di dalam internet, buku dan mana-mana rujukan yang boleh didapati. Kita mesti tahu peralatan yang hendak digunakan semasa pembentangan.  Pastikan diri kita sudah menguasai semua tentang apa yang ingin kita bentangkan.  Jika kita sudah menguasai tentang segala maklumat tajuk pembentangan kita maka ianya akan membuatkan sesi pembentangan kita akan menjadi lebih mudah dan kita boleh meyakinkan audiens tentanf informasi yang ingin kita sampaikan.

 

 6 : “Eye Contact Dan Body Language”

Tidak dinafikan, penggunaan “eye contact dan body language” mempunyai pengaruh yang besar terhadap kejayaan sesuatu pembentangan. Hubungan “eye contact” tidak semestinya tertumpu pada seseorang penonton sahaja, cuba kita tumpukan pada semua penonton yang ada.  Sesetengah pelajar sekarang apabila membentang mereka hanya membaca slide atau nota tanpa menghiraukan audiens.  Perkara ini amat penting untuk dipratikkan apabila kita berucap, eye contact yang baik mampu memberi satu interaksi langsung bila berhadapan dengan audiens.  Dengan bahasa badan yang baik juga membolehkan audiens akan tertaarik dengan pembentangan kita.

 

7 : Penutup

Ini adalah bahagian terakhir dalam sesi pembentangan. Jika kita memulakan pembentangan dengan pembukaan yang menarik, pastikan kita lakukan penutup lebih baik lagi. Bahagian penutup kebiasaannya akan menggunakan semula objektif pembentangan tersebut.   Biarpun penutup , anggaplah benda ini sebagai salah satu aspek penting. Ulang balik apa isi-isi penting dalam pembentangan korang tadi agar penonton boleh imbas kembali apa yang kita bentangkan dan akhirilah pembentangan dengan penuh keyakinan agar apa yang kita bentangkan tu terus kekal dalam ingatan mereka.  Setiap pembentangan perlukan kesimpulan. Ini penting kerana tujuannya untuk mengingati semula apa yang telah dibentangkan sepanjang sesi pembentangan tersebut. Biasanya rumusan adalah dalam bentuk point. Mulakan dengan isi kandungan pembentangan, huraikan dan buat sedikit kesimpulan. Sebaiknya sertakan contoh semasa membuat kesimpulan tersebut. Berikut adalah perkara – perkara yang biasa dilakukan ketika sesi terakhir iaitu penutup pembentangan.

 

KESIMPULAN

Dalam kita menjadi pembentang yang baik amat penting untuk kita membuat latihan atau praktis mengenainya.  Dalam kelas merupakan satu sesi pembelajaran yang amat baik untuk kita praktiskan dalam menjadi pembentang yang baik.  Gunakan peluang yang diberi oleh pensyarah untuk kita menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan. Jadi, tidak perlulah kita teragak – agak lagi untuk melakukan sesi pembentangan. Tetapkan pada minda kita, bahawa kita mampu menyampaikan sesi pembentangan yang lebih baik dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL