no comments

Langkah-Langkah Penyelesaian Pengurusan Masa

Langkah-Langkah Penyelesaian Pengurusan Masa

Pengurusan Masa ialah perihal mengurus masa (waktu) dengan sebaik mungkin,sehingga masa (waktu) membawa munafaat bagi semua pihak.

Banyak program yang boleh kita lakukan dalam membendung atau mengatasi masalah pengurusan masa yang tidak teratur dalam kalangan pelajar.  Melalui program atau intipati yang mantap membolehkan segala objektif yang diimpikan akan tercapai.  Ini kerana melalui program yang berkesan akan memberikan impak yang positif kepada pelajar yang terbabit dalam masalah pengurusan masa.Seperti yang kita tahu begitu pentingnya pengurusan masa dalam kalangan manusia, kita seringkali melihat pengabaian masa yang dilakukan oleh orang sekeliling kita dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan, dalam konteks pelajar pengurusan masa adalah suatu perkara yang amat penting, jika mereka gagal menguruskan masa dengan baik maka akan berlakunya pembuangan masa kepada perkarai yang melalaikan.  Banyak program yang boleh kita lakukan dalam membendung atau mengatasi masalah pengurusan masa yang tidak teratur dalam kalangan pelajar.  Melalui program atau intipati yang mantap membolehkan segala objektif yang diimpikan akan tercapai.  Ini kerana melalui program yang berkesan akan memberikan impak yang positif kepada pelajar yang terbabit dalam masalah pengurusan masa.   Langkah penyelesaian masa yang sesuai untuk dilakukan pada pelajar adalah dengan memberi ceramah motivasi kepada pelajar yang mempunyai masalah pengurusan masa yang serius.  Dengan masalah pengurusan masa yang tidak sistematik memungkinkan seseorang pelajar itu akan kurang fokus terhadap kehidupannya.  Yang paling utama aalah dalam hal pembelajaran.  Pelajar amat ditekankan agar mematuhi disiplin masa dan tidak membung masa mereka dengan begitu sahaja.

 

Melalui program ceramah motivasi ini, kita boleh menjemput pakar motivasi yang terkemuka yang mempunyai aura yang luar biasa dalam melontarkan suaranya.  Dengan penceramah motivasi yang terkenal memungkinkan pelajar yang menghadapi masalah masa ini akan lebih fokus terhadap bahan atau isi yang imgin yang disampaikan oleh penceramah tersebut.  Kita sedia maklum bahawa audien pada masa kini seringkali suka mendengar ceramah yang disampaikan oleh individu yang mampu menyentuh hati mereka, yang mampu memberikan keceriaan serta kelainan dalam gaya penyampaian ceramah tersebut.  Dalam erti kata lain seseorang penceramah yang dijemput itu haruslah mempunyai karisma atau auranya yang tersendiri dalam memberikan ucapan yang hebat kepada pelajar.

Isi-isi yang disampaikan juga haruslah bertepatan dengan tajuk motivasi yang ingin disampaikan agar objektif program yang direncanakan itu terhasil.  Penceramah haruslah menyampaikan bahan yang boleh memberikan kesedaran yang maksimun kepada para pelaja iaitu isi ceramah yang disampaikan mampu memberi impak yang berkesan kepada diri pelajar.  Di samping itu membolehkan para pelajar mengadaptasikan segala isi yang disampaikan serta boleh mempratikkannya dengan berkesan.  Saya berharap melalui program ceramah motivasi ini akan memberi hasil yang positif.  Pengurusan masa yang berkesan juga dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri sendiri. Pelajar-pelajar juga berpeluang berdikari dalam menguruskan masa sendiri.  Melalui cara ini, pelajar-pelajar dapat mengamalkan hidup yang berdisiplin dan bermakna. Para pelajar yang mempunyai sifat-sifat terpuji seperti ini akan disanjungi oleh masyarakat.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL