no comments

Anda Ingin Menjadi Pascasiswazah Yang Hebat?

Anda Ingin Menjadi Pascasiswazah Yang Hebat ? Baca Untuk Jadi Hebat

Kebanyakan graduan yang ingin melanjutkan pelajaran ke bidang master dan PHd pasti akan tertanya macam mana sebenarnya dunia pascasiswazah ni. Macam mana cara belajar , sama ke dengan cara aku ambik degree dulu , macam mana nak cari mentor , siapa aku nak rujuk , macam mana aku nak minta mana-mana Dr atau Prof untuk jadi supervisor.

 Hiss peningnyaa!!!

Ok , semua mesti nak tahu kan dunia pascasiswazah ni macam mana kan ? Apa yang akan digunakan sepanjang belajar untuk Master dan Phd nanti .

Mari la , Seminar Jom Hebat la jawapannya

Seminar Jom hebat akan menyediakan beberapa orang speaker yang akan membawa anda dan menerangkan kepada anda basic-basic yang akan ada dalam dunia pascasiswazah . Cara pembelajaran di dunia master dan Phd tidak sama dengan cara anda ketika mengambil diploma dan Degree. Banyak  perkara baru yang akan anda pelajari .

Di tahap ini , anda akan banyak menggunakan masa anda untuk dalam bidang kajian . Tak semestinya bidang sains sahaja yang perlu menggunakan kajian , dalam bidang master semua jurusan yang anda ambil perlukan kajian . Ianya bertujuan untuk anda lebih mendalami sesuatu itu untuk master dalam bidang itu. Di tahap master , anda perlukan tesis. Tapi , berapa lama anda nak spend time untuk siapkan tesis tersebut ? Anda mestilah ingin menyiapkan tesis anda dengan masa yang efisien kan ? Untuk menyiapkan nya dengan masa yang efisien , anda perlukan tools atau sesuatu web untuk memudahkan anda melakukannya . Kami sediakan beberapa orang speaker untuk anda , mengenali semua software pelbagai ini supaya anda tidak blur atau keliru ketika ingin menggunakannya nanti. Untuk menjadi hebat , dan graduan yang hebat anda perlukan seseorang atau hadir ke mana-mana bengkel yang disediakan ini bagi kita mengenal dunia pascasiswazah .

Komunikasi bersama supervisor juga amat penting pagi pelajar yang ingin menyambung master dan Phd . Ini kerana komunikasi yang baik sedikit sebanyak akan membantu anda untuk merapatkan hubungan bersama supervisor.Ini akan membolehkan supervisor akan lebih membantu kita untuk menyiapkan dan berkongsi tips untuk siapkan tesis anda.

Seminar ini juga , bukan sahaja sesuai untuk pelajar yang sedang mengambil master dan Phd sahaja. Malah , sekiranya anda seorang pelajar dan graduan yang sedang mengambil degree tetapi ada pasang niat untuk menyambung pejaran ke tahap lebih tinggi , seminar ni adalah pilihan dan langkah yang terbaik untuk anda ambil. Ini membolehkan anda , meningkatkan lagi semangat anda untuk menyambung kerana anda sudah mula terdedah dan mengenali dunia pascasiswazah ini bagaimana. Memang menjadi lumrah atau keperluan bagi seseorang yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang master atau Phd , pergilah ke mana-mana seminar atau bengkel yang disediakan  ,  ini amat membantu anda untuk menyiapkan tesis dan untuk anda melakukan kajian dalam bidang anda.

Setiap perkara yang kita lakukan atau ingin lakukan , perlukan pengenalan . Bab kata orang  ‘ tak kenal maka tak cinta’ . Macam mana kita nak bersemangat untuk sambung belajar ke bidang master atau phd kalau kita tak kenal dan untuk menanam rasa cinta tersebut. Peace !

-Azrul Ikram-

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL