no comments

5 Sebab Kenapa Sambung PhD Bukan Sekadar Nak Dapatkan Dr.

 

Mengapa perlu untuk sambung belajar lagi ya ? Rasa-rasanya macam dah cukup pandai, cukup bijak kan?

Ilmu yang diperolah di sepanjang 4 atau 5 (atau 6) tahun pengajian sudah cukup rasanya untuk meletakkan diri anda sebagai seorang yang berada dalam liga manusia yang (dilihat) berilmu.

Atau, bagi anda yang sememangnya telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan sedang bekerja pasti kalau tidak banyak, sedikit pasti ada niat dan keinginan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mengapa agaknya ya?

Boleh dikatakan ramai yang mahu menyambung pelajaran tetapi ada yang takut dan ada juga yang tak berkemampuan. Apapun kita kena ingat yang belajar ni memang tiada penghujungnya.

Ada orang berkata,

“SAYA TIDAK MAHU SAMBUNG PHD, SARJANA DAHULU YANG HEBAT PUN TIDAK ADA PHD. ILMU MEREKA DIIKTIRAF OLEH KAWAN DAN LAWAN.”

 

Ini antara sebab mengapa kita mesti belajar hingga PhD.

#1 – Kepakaran

PhD ini ibarat hujung mata pedang yang tajam. Seandainya kita punya pedang tajam tetapi matanya kontot, ia akan diketawakan oleh orang ramai. Ketajaman hujah kita hanya mampu menghiris daging musuh, tidak dapat menusuk ke jantungnya.

Dengan melalui proses penyelidikan di peringkat PhD, ia akan membina passion kita sendiri untuk memilih kepakaran bidang itu. Kepakaran yang sangat khusus, sehingga kita mampu menggali ilmu-ilmu baru sehingga kepada sekecil perkara.

#2 – Self Esteem

Sebagai orang yang sukakan ilmu. Konsep diri kita akan berubah apabila kita belajar di peringkat PhD, kita akan berusaha untuk memenuhi konsep diri kita supaya sesuai dengan level kita.

#3 – Disiplin

Pengajian peringkat PhD dan Sarjana akan melatih kita berdisiplin. Melatih kita menekuni dengan bersungguh-sungguh. Mujahadah ini tidak akan dicapai tanpa disiplin yang ketat. Dengan asakan daripada pengajian peringkat PhD, ia akan melatih kita lebih berdisiplin.

Ya, disiplin dalam menguruskan diri. Disiplin dalam menelaah dan mengkaji supaya kita tidak tersalah trek. Disiplin dalam menyusun fakta dan analisis. Disiplin dalam berkomunikasi dengan responden dan sarjana. Disiplin dalam menguruskan ibadah dan sebagainya.

Daripada proses ini, kita akan mengenal pasti tahap disiplin kita sama ada kita mahu menyerah kalah atau terus berjuang.

#4 – Bahasa

Apabila belajar di peringkat PhD, kita tidak dapat lari dari membaca. Melalui pembacaan, kosa kata kita bertambah. Selain itu, bahan bacaan kita juga terdapat dalam bahasa asing. Ia akan menambahkan lagi kosa kata kita dalam bahasa tersebut. Ia akan menguatkan lagi kemahiran bahasa kita.

#5 – Kredibiliti dan Autoriti

Di zaman moden sekarang, kredibiliti dan autoriti yang bercakap di khalayak mula dinilai oleh awam. Melalui label PhD dan huruf ‘DR’ di hadapan nama, ia memberi satu persepsi berbeza kepada khalayak khususnya golongan kelas menengah dan kelompok akademik sama ada di dalam atau di luar negara.

Seandainya tuan puan mahu orang ramai mendengar idea dan saranan kita, label PhD akan meningkatkan lagi tahap kredibiliti tuan puan.

Walaupun tanpa PhD, kita boleh membina kredibiliti dan autoriti. Seorang pensyarah pernah memberitahu,

 

 

“ADA ORANG BERTANYA KEPADA SYEIKH MUHAMMAD ABU ZAHRAH, “KENAPA SYEIKH TIDAK MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT PHD?”

 

Syeikh menjawab,

“ORANG YANG SAMBUNG PHD MEMBUAT RUJUKAN PADA BUKU-BUKU SAYA. APA PERLU SAYA SAMBUNG PHD.”

Andai tidak mahu sambung PhD atas pelbagai alasan, sanggupkah menulis buku dan kitab sebanyak mana Syeikh Muhammad Abu Zahrah tulis?

Jadi, terpulanglah kepada anda. Jika berkemampuan teruskanlah belajar walaupun bukan ke peringkat phD, kerana ilmu itu luas dan boleh didapati dimana-mana.

 

 

 

 

Dari: infopelajar2u

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL