no comments

TAWARAN BIASISWA SUKAN BUAT PELAJAR PhD – KPT

Biasiswa Sukan ini adalah merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Walau bagaimanapun, bagi kursus-kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, tawaran biasiswa hanya untuk pengajian di IPT Awam sahaja.

Objektif penajaan adalah :

  • Menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT.
  • Untuk memastikan atlet pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik.
  • Menyediakan galakan dalam bentuk pemberian peralatan insentif pencapaian sukan.

 

GOLONGAN SASARAN

  • Semua atlet-atlet yang mengikuti pengajian bagi kursus dalam Negara yang diiktiraf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merangkumi IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
  • Atlet yang aktif dengan sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan.

 

PERINGKAT PENGAJIAN

  • PhD
  • Sarjana
  • Ijazah Pertama
  • Diploma

 

TEMPAT PENGAJIAN

  • 20 UA
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan.

 

IKATAN PERJANJIAN

Penerima Biasiswa Sukan ini tidak mempunyai kaitan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan Negara apabila tamat pengajian kelak.

 

SYARAT

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun;
  3. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Lanjutan dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Tempatan;
  4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi atlet IPT atau memperoleh PNGK 2.00 bagi atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan(bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di IPT);
  5. Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 2 tahun di mana-mana IPT.

 

 

KATEGORI ATLIT

 

KATEGORI 1 (ATLET ELIT ANTARABANGSA)

  1. Mewakili negara di Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA atau Sukan Universiti Dunia
  2. Atlet yang belum disenaraikan sebagai ATLET elit atau merupakan ATLET pelapis negara dan mewakili negara bagi pertandingan sukan bertaraf dunia peringkat umur yang diiktiraf
  3. Mendapat pingat pada peringkat kejohanan Asia/Komanwel yang diiktiraf atau
  4. Mendapat pingat pada peringkat Asian University Sport Federation (AUSF)

 

KATEGORI 2 (ATLET SENIOR/JUNIOR ANTARABANGSA)

  1. Mewakili negara pada peringkat Asia/Komanwel yang diiktiraf
  2. Atlet yang mendapat pingat emas di SUKMA
  3. Mewakili negara pada peringkat AUSF atau
  4. Mendapat pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA)

 

KATEGORI 3 (ATLET KEBANGSAAN)

  1. Atlet yang pernah mewakili negara di kejohanan antarabangsa dan masih lagi bergiat aktif mewakili IPT
  2. Atlet yang bertanding di SUKMA dan mendapat pingat
  3. Atlet negeri yang turut mewakili IPT pada peringkat kebangsaan dan mendapat pingat atau
  4. Atlet yang bertanding di SUA dan mendapat pingat

 

KATEGORI 4 (ATLET IPT/NEGERI)

 

PEMILIHAN

  • Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga; dan
  • Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

 

PERMOHONAN / PERTANYAAN

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

BAHAGIAN SUKAN
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6127 / 4779 / 6143 / 4794 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6824

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL