no comments

6 Komponen penting Dalam Research Proposal. Jangan Lepaskan Kesemua Tips Yang Diberikan Kalau Anda Tidak Mahu Rugi.

Cara Menulis Cadangan Penyelidikan: 6 Komponen Penting Yang Mesti Ada

  1. Tajuk

Percaya atau tidak, tajuk kajian penyelidikan kita sangatlah penting. Kita seringkali dengar pepatah ini “don’t judge a book by its cover.” Tetapi kita selalu juga buat yang sebaliknya, isi dalam pun kita nilai, tajuk kajian pun kita nilai.

Tajuk research proposal kita mestilah jelas & memberikan gambar keseluruhan memngenai kajian kita.  Ianya mestilah menarik minat pembaca untuk membaca topic yang kita ketengahkan.

 

  1. Abstrak

Abstrak merupakan ringkasan pendek, kira-kira 200-300 patah perkataan & ianya perlulah merangkumi :

  • Apa yang kita tulis
  • Kenapa kita menulis & menyelidik topik/isu tersebut
  • Apa yang kita harapkan untuk kita tahu dengan lebih mendalam sekiranya kita melengkapkan kajian penyelidikan tersebut.

*Sekiranya kita ada/ingin melakukan kajian kita sendiri seperti membangunkan kajian soal-selidik, kita juga boleh masukkan sekali ke bahagian abstark*

 

  1. Pengenalan

Pengenalan kepada research proposal kita mestilah 3-4 perenggan.  Kita juga mestilah masukkan perkara-perkara dibawah untuk pengenalan :

  • Masalah-masalah / isu-isu yang kita hadapi dalam kertas penyelidikan kita.
  • Sebab / alas an disebalik kajian kita, mengapa pentingnya kajian ini dilakukan.
  • Apa yang kita harapkan dengan kita menyiapkan kajian penyelidikan ini.
  • Sebarang ramalan / anggapan (predictions) yang kita mungkin ada mengenai kajian kita.

Mungkin kita akan tertanya,  “eh, bukan ke kita dah nyatakan dalam abstark tadi?”. Tapi kita kena ingat, abstark adalah rumusan kajian kita.

Pengenalan adalah lebih terperinci dan memberitahu kepada pembaca mengenai maklumat yang lebih mendalam.

  1. Sorotan Literatur (Literature Review)

Dalam Literature Review, kita akan mencari sumber-sumber bahan bacaan yang boleh dipercayai mengenai topik yang berkaitan dan memberikan gambaran yang lebih menyeluruh kepada pembaca apa yang pakar kemukakan mengenai topik itu.

Literature Review ini dilakukan untuk beritahu kepada pembaca bukan sahaja mengenai apa yang pakar-pakar katakana tentang topic tersebut, malhan ianya juga menggambarkan mengapa penyelidikan kita ini tepat pada masanya dan kepentingannya.

Panjang Literature Review kita ini pelbagai, ianya mungkin jadi daripada beberapa perenggan kepada beberapa halaman muka surat. Jadi, penting untuk kita semak dengan supervisor kita mengenai keperluan kepanjangan yang lebih spesifik.

 

  1. Kaedah dan Keputusan (Methods and Results)

Bahagian kaedah research proposal ini akan menerangkan kepada pembaca bagaimana kita akan menjalankan kajian kita ini.

Kita perlu menerangkan penyelidikan jenis apa yang kita akan lakukan, adalah kita akan melakukan kajian soal-selidik? Adakah kita menjalankan experiment dalam makmal? Dan sebagainya.

Bahagian methods kita perlu kenal pasti siapa yang akan mengambil bahgian dalam kajian kita. Adakah kita kan merekrut rakan kita & rasuah mereka dengan kfc untuk mereka melengkapkan survey kajian kita? Adakah kita akan memilih responden dari kalangan pelajar sekolah, pelajar kolej, penduduk luar bandar atau lain-lain lagi?

Dalam bahagian methods juga, kita perlu menerangkan jenis methods apa yang kita gunakan & bagaimana kita tahu methods tersebut boleh dipercayai. Dalam erti kata lain, adakah kita menggunakan soal-selidik sebagai pilihan? Adakah kita menemu-ramah respondent kita? Adakah kita menggunakan apa-apa jenis software untuk menganalisis data kita ?

Akhir sekali, keputusan (result) mungkin kita boleh membuat predictions terhadap kajian kita.

 

  1. Perbincangan (Discussion)

Dalam discussion research proposal kita, ianya bukan mengenai apa yang kita katakana mengenai kajian kita. Ianya lebih memberi tumpuan terhadap kelemahan, komplikasi dan batasan/kekangan kajian penyelidikan yang kita hadapi.

Sebagai contoh, jika kita buat soal-selidik, mungkinkah terdapat respondent yang bukan kita harapkan isi soal-selidik tersebut ? Jika kita jalankan terhadap satu kumpulan respondent tersebut, akan adakah diantara mereka yang tidak menjawab dengan jujur?

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL