no comments

10 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Terhadap Setiap Buku/Artikel yang Ingin Anda Review. Jangan Terlepas Tips No. 9

Nak tulis tesis mesti kena tulis Literature Review juga. Disini ada 10 soalan yang perlu kita tanya terhadap penulis mengenai buku/artikel yang ditulis untuk memastikan kita berada di landasan yang betul. 10 soalan berikut ialah :

1. Adakah penulis buku/artikel tersebut telah menggubal atau menghasil sesuatu isu/masalah.

2. Adakah sesuatu isu/masalah tersebut telah dinyatakan dengan jelas atau samar-samar? Adakah kepentingan isu/masalah tersebut sudah dibincangkan ? (seperti : skop, kaitan & keterukan)

3. Apakah kekuatan dan juga batasan yang telah penulis buku/artikel nyatakan terhadap isu/masalah tersebut.

4. Bolehkan sesuatu isu/masalah itu didekati dengan lebih berkesan dari perspektif yang lain?

5. Apakah ‘research orientation’ penulis? Sebagai contoh : Interpretasi, sains kritikal, gabungan)

6. Apakah teori rangka kerja penulis? (contoh : Psikoanalisis, perkembangan, feminis)

7. Apakah hubungan antara perspektif kajian & teori ?

8. Adakah penulis menilai literature review berkaitan dengan sesuatu isu/masalah tersebut ?

9. Dalam kajian penyelidikan, seberapa baik tiga komponen asas terhadap reka bentuk kajian (iaitu, populasi, campur tangan, hasil)? Berapa tepat dan sah terhadap pengukurannya? Adakah analisis data yang tepat dan relevan dengan soalan penyelidikan? Adakah kesahihan kesimpulan adalah berdasarkan data dan analisis?

10. Bagaimana penulis menstrukturkan hujahnya? Bolehkan anda ‘menyusun semula’ hujah tersebut untuk di analisa sekiranya terdapat kelemahan dalam hujah tersebut?

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL