no comments

Semak 5 Kaedah Dapat Belajar Secara Aktif Sepanjang Bulan Puasa

 

Memasuki bulan Ramadan, umat Islam mula menjalani ibadah puasa. Selama bulan puasa, tentu banyak dari kita yang merasakan beberapa perubahan dalam aktiviti kita sehari-hari, mulai dari waktu tidur, bangun, ibadah, sahur dan sebagainya. Bagi sebahagian orang, perubahan yang terjadi mengakibatkan tidak dapat mengoptimakan aktiviti kita seharian. Ini berlaku apabila kita kurang mepersiapkan diri dan tidak mampu mengadaptasi dengan perubahan yang ada.

Bagaimana dengan belajar? Jika tidak adaptasi dengan perubahan yang ada, aktiviti belajar juga menerima kesannya. Kita mahukan ibadah kita seiring dengan aktiviti pelajar kita bukan? Semak 5  tips untuk pascasiswaah yang ingin tetap belajar dengan optimal.

 

  1. Sahur bergizi. Makanlah makanan yang bergizi lengkap sewaktu sahur, jangan makan untuk kenyang. Makanan dengan karbohidrat kompleks seperti beras merah, ubi atau bubur kacang hijau bersama protein dari ayam, tempe dan tauhu. Serat dari sayuran dan buah-buahan adalah pilihan yang bagus. Minum air putih juga wajib, malah dilakukan sepanjang malam.  Selain itu , lebih baik makan sahur dengan makanan baru, bukan dengan makanan yang dipanaskan dari buka puasa hari sebelumnya , kerana kandungan gizinya sudah berkurang.

 

  1. Belajar setelah sahur. Tidur setelah sahur akan membuatkan kerana akan membuatkan kita berasa lemas semasa bangun. Hal ini mungkin disebabkan masa tidur kita yang tidak teratur. Kita boleh dapatkan tidur yang cukup di malam hari, lakukan aktiviti ringan setelah sahur. Selain mengaji tentunya, waktu ini kita boleh gunakan untuk belajar.

 

  1. Tidur siang. Manfaatkan waktu di siang hari untuk beristiraehat dengan tidur sebentar (nap) untuk mengistirehatkan tubuh, dan mengolah informasi-informasi yang kita dapat semasa kita membuat aktiviti di pagi harinya.

 

  1. Belajar online. Beberapa aktiviti pembelajaran memerlukan kita untuk keluar rumah, dengan belajar online, kita boleh belajar di rumah dari pelbagai sumber pula. Kita juga dapat belajar jauh lagi banyak ilmu dan sumber daripada pembelajaran secara online. Sudah tentu menjimatkan tenaga juga.

 

  1. Be happy! Dalam berpuasa, jangan pula kita menyalahkan puasa yang menjadikan aktiviti pembelajaran kita terbatas atau sebaliknya menyalahkan aktiviti pembelajaran kita mengganggu aktiviti ibadah kita. Berbahagialah! Ikhlas! Kalau kita sudah menjalankan dengan senang dan ikhlas, tidak hanya aktiviti kita akan berjalan secara optimal, namun pahala terbaik akan kita dapat dariNya.

 

Demikian tips yang dapat kami berikan bagi anda yang ingin tetap belajar secara optimal selama berpuasa.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL