no comments

5 CARA MENGGUNAKAN ATLAS.TI UNTUK MENGANALISA DATA KUALITATIF ANDA

ATLAS.ti ialah satu perisian yang amat berkuasa untuk menjalankan kajian dan analisis kualitatif. Namun untuk mula menggunakannya memerlukan latihan dan pembelajaran yang tersendiri. Adalah disarankan untuk mula mempelajari perisian ini dan memilih teknik teknik yang terbaik daripada awal. Berikut adalah 5 tip yang boleh membantu anda untuk memahami dan menggunakan teknik-teknik menggunakan ATLAS.ti dengan lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang paling baik.

Artikel ini membincangkan 5 kaedah yang terbukti berkesan menggunakan ATLAS.ti untuk mencapai kejayaan dalam menganalisa data kualitatif anda.

1. ATLAS.ti menyokong data dalam pelbagai format

Pertama sekali, anda boleh masukkan kesemua data anda ke dalam ATLAS.ti, termasuk data dalam bentuk temubual/kumpulan fokus, nota lapangan, imej daripada lapangan, gambar pemerhatian atau video dan sebagainya. Ini sudah tentu kerana ATLAS.ti menyoking pelbagai formai fail, termasuklah teks, imej, audio, video dan imej Google Earth. Tambahan lagi, anda juga boleh tenang mengetahui data anda tersimpan di satu tempat dalam perisian ATLAS.ti itu sendiri, untuk kemudahan mendapatkannya apabila diperlukan.

2. ATLAS.ti menyokong data kajiselidik

Baiklah… Adakah anda mempunyai data kajiselidik dengan input kualitatif? Sekiranya ya, anda boleh masukkannya ke dalam ATLAS.ti juga bagi tujuan analisis. Dengan hanya menambah beberapa tanda awalan kepada dokumen Excel tersebut sebelum mengimportnya ke dalam ATLAS.ti, anda boleh memaklumkan perisian ini apakah arahan untuk setiap satu ruang ‘Column’ bagi tujuan analisis. Sebagai contoh, nama dokumen tersebut, mengumpulkannya berdasarkan perincian yang tertentu, atau tanpa perlu menambahkan sebarang tanda awalan ke ruangan ‘Column’ kerana data tersebut adalah soalan terbuka, iaitu bahagian kualitatif dalam data kajiselidik anda itu tadi. 

Dan anda juga boleh mempertimbangkan pengumpulan data dalam format Excel (sekiranya anda belum pun pertimbangkan lagi), selepas anda mengetahui fungsi-fungsi hebat analisis data kajiselidik dalam ATLAS.ti! Sebagai contoh, saya sendiri sekarang gemar mengumpul data kajiselidik sebaik sahaja saya mengetahui fungsi-fungsi kaya dalam ATLAS.ti yang boleh membantu saya menganalisa data kajiselidik saya secara kualitatif.

3. ATLAS.ti menyokong data Evernote

Whoaa!!! Bagaimana pula dengan Evernote? Pernahkah anda dengar mengenai Evernote sebelum ini? Hm… Melainkan anda hidup secara total di luar dunia digital, sudah tentu anda tahu bahawa Evernote adalah salah satu aplikasi penulisan nota yang terkemuka di dunia. Anda boleh mendaftarkan akaun percuma di laman webnya, dan mula menaipkan nota, menulis dengan tulisan tangan, menangkap gambar kad perniagaan, mendapatkan laman web HTML, dan banyak lagi fungsi-fungsi lain yang best.

Dan cuba teka???

Daripada dalam ATLAS.ti sendiri, anda boleh mengimport nota Evernote anda bagi tujuan analisis dalam perisian hebat ini!

Bayangkan segala potensi ini! Anda boleh hasilkan nota dalam kelas, semasa lawatan lapangan, ketika pengumpulan data, dan banyak lagi aktiviti kualitatif yang lain, dengan kebolehan untuk menganalisa nota-nota ini dalam ATLAS.ti. Memang cara yang sangat hebat untuk menggunakan ATLAS.ti untuk menganalisa data Evernote anda secara kualitatif.

4. ATLAS.ti menyokong data Twitter

Satu lagi fungsi hebat ATLAS.ti ialah kebolehan untuk mengimport data media sosial daripada Twitter – iaitu salah satu aplikasi media sosial terbesar di dunia!

Anda cuma perlu mengenalpasi kata kunci atau frasa untuk analisis anda, dan memilih beberapa pilihan supaya ATLAS.ti tahu bagaimana anda ingin melihat data tersebut. Kelebihan menggunakan fungsi ini ialah anda boleh mengeksplorasi kata kunci, ‘tweet’ atau perbincangan yang paling trending dan terkini dalam Twitter, yang amat penting dalam kajian anda!

Memang hebat, bukan?

5. ATLAS.ti menyokong data daripada perisian bibliografi

Akhir sekali, anda mungkin adalah pengguna tegar perisian pengurusan bibliografi seperti EndNote, Mendele, Refworks dan beberapa yang lain. Dalam koleksi rujukan anda, anda telah mengumpulkan banyak (atau sedikit) bahan rujukan dan maklumat metadata bagi rujukan tersebut.

Mari kita pertimbangkan: Kenapa tidak kita eksport rujukan ini ke dalam ATLAS.ti bagi tujuan sorotan karya, atau semata-mata mendapatkan idea daripada rujukan tersebut bagi tujuan kajian kita?

Kerana itulah apa yang boleh dilakukan! Yay!!

Pada ketika ini, fungsi ini hanya terdapat dalam ATLAS.ti 8 Windows. Namun fungsi ini amat hebat, hinggakan terdapat ramai penyelidik pada masa kini yang membuat sorotan karya mereka menggunakan ATLAS.ti!

Tak mengira jenis perisian pengurusan rujukan yang anda gunakan, selagi mana ia boleh mengeksport kesemua, atau sebahagian, rujukan anda ke dalam format XML, maka anda mempunyai peluang luas untuk mengimport data XML itu tadi ke dalam ATLAS.ti bagi tujuan analisis kandungan, analisis meta ataupun bagi tujuan sorotan karya.

Sedang anda lakukan itu, apa kata kita minta bantuan ATLAS.ti untuk mengumpulkan rujukan menjadi kumpulan rujukan dalam ATLAS.ti berdasarkan ciri-ciri yang sama? Sebagai contoh berdasarkan tahun, nama penulis, jenis penerbitan, nama jurnal, atau mana-mana ciri-ciri yang sama bergantung kepada data meta rujukan anda dalam perisian pengurusan rujukan tersebut.

Akhir kata…

Anda boleh pinda dan mula menggunakan tip-tip ini mengenai bagaimana menggunakan ATLAS.ti untuk membantu proses analisis data kualitatif anda. Melaksanakannya dengan betul akan memberikan keputusan yang baik, lebih baik daripada keputusan biasa sekiranya menggunakan kaedah manual untuk menganalisa data kualitatif anda.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Ani Munirah Mohamad, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Undang-undang, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah dan seorang jurulatih senior professional bagi ATLAS.ti GmbH.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL