no comments

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2017 – Terbuka Kepada Semua Ahli Akademik

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan salah satu usaha di dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

ATABM adalah di bawah Objektif “Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu” yang merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik pelbagai bidang dalam memartabatkan bahasa Melayu meliputi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai wahana melalui penyelidikan, penerbitan, pengajaran, khidmat ikhtisas dan khidmat masyarakat.

 

Penganjuran ATABM telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, empat orang ahli akademik telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu iaitu:

 

YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar (2012)
Profesor Kesusasteraan dan Ombudsman
Universiti Sains Malaysia

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman (2013)
Profesor Fizik
Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin (2014)
Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof. Dr. Noriah binti Mohamed (2016)
Profesor Sosiolinguistik dan Linguistik Sejarah
Universiti Sains Malaysia

Borang Permohonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) 2017 boleh di muat turun di https://www.mohe.gov.my/muat-turun/awam/fokus/atabm/2017-1/288-borang-permohonan-atabm-2017

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2017 juga akan menerima Wang Tunai, Sijil Penganugerahan & Piala Iringan.

 

Sebarang pertanyaan mengenai ATABM 2017 boleh diajukan kepada:

Urus Setia ATABM
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 13, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Tel : 03-8870 5079 / 5096 / 5083 / 5100 / 5084
Faks : 03-8870 6809 / 6810
E-mel : atabm@mohe.gov.my
 
TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 20 Julai 2017 
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL