no comments

Geran Penyelidikan (MyLAB) 2017 – Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration

Malaysia Greater Research Network System (MyGrants) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah menawarkan geran penyelidikan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB).

MyLAB ditubuhkan sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.

MyLAB diharap berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan dengan penciptaan yang inovatif dan terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk menghasilkan ‘total solution showcase’ yang siap untuk dipasarkan melalui kolaborasi IPT dan industri.

Pembiayaan dana MyLAB meliputi sembilan (9) bidang teknologi yang telah dikenal pasti seperti berikut:-

  1. Nanoteknologi
  2. Bioteknologi
  3. Aeroangkasa
  4. Automotif & Teknologi Pengangkutan
  5. Minyak & Gas
  6. Tenaga Boleh Diperbaharui
  7. Penjagaan Kesihatan
  8. Teknologi Hijau
  9. Kecukupan Makanan

Permohonan Geran MyLAB dibuka kepada semua Universiti Awam (UA) dan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam Garis Panduan Permohonan MyLAB 1/2017.

TARIKH PERMOHONAN MyLAB 1/2017: 01 APRIL 2017 HINGGA 30 JUN 2017

 

Untuk maklumat lanjut & kaedah permohonan, sila layari http://mygrants.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=8&IID=

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL