no comments

5 Tips Mengekalkan Momentum Kajian Anda Sepanjang Bulan Ramadhan

Ramadhan Karim Menjelang Lagi

Syukur ke hadrat Ilahi, kita semua sudah berada di penghujung Bulan Sya’ban. Lagi 2 hari sahaja lagi kita semua bakal menyambut Satu bulan yang sangat di nantikan oleh semua Islam terutamanya iaitu Bulan Ramadhan.

Nabi S.A.W berdoa “ Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab & Sya’ban dan sampaikanlah aku di Bulan Ramadhan”

Perkara UTAMA yang perlu pascasiswazah lakukan ialah buat CHECKLIST. Checklist tersebut mestilah merangkumi Objektif yang ingin kita capai sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Apabila kita mendaftar sahaja sebagai pelajar pascasiswazah, perlu ita sematkan di dalam diri kita “Bukan senang kalau nak senang, bukan susah kalau nak susah”

Setiap bidang pengajian ada cabarannya tersendiri. Coursework ada cabarannya. Mix-mode program ada halangannya. Research program juga ada dugaannya tersendiri.

 

Ada 5 tips yang perlu kita ketahui untuk mengekalkan momentum kita sepanjang Bulan Ramadhan iaitu :

  1. Kekalkan semangat belajar / momentum kita ditahap yang tinggi untuk menuntut ilmu supaya sentiasa konsisten untuk melakukan kajian kita, belajar & seumpama dengannya.
  2. Pastikan kita mempunyai tenaga yang mencukupi sewaktu kita berpuasa. Pastikan kita mengambil makanan yang berkhasiat sewaktu sahur & berbuka.
  3. Sikap anda mesti terbaik dan positif. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk kita menjadi malas.
  4. Rancang jadual waktu kita. Sekiranya kita ingin melakukan ibadat-ibadat sunat pada malam hari, pastikan pada waktu siang kita melakukan sedikit progress terhadap pengajian kita. Jangan kita lupa, Menuntut ilmu juga merupakan satu ibadat.
  5. Pastikan kita mendapat rehat yang mencukupi. Otak kita tak boleh nak proses dengan betul apabila badan kita letih. Kurangkan melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan tenaga yang banyak. Mungkin pada waktu tengahhari, kita boleh masuk ke dalam library yang ada penghawa dingin.

Akhir sekali, apa yang paling penting ialah Hasil sesuatu kerja itu sangat penting. Proses itulah yang akan menjadikan kita lebih berjaya & mematangkan diri kita.

‘One Way to Keep Momentum Going is to Have Constantly Greater Goals’

Bagi yang beragama Islam, Percayalah, sesungguhnya Allah S.W.T itu melihat akan usaha yang kita kerjakan.

Dari Abu Hurairah r.h dari Nabi s.a.w bersabda “Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim).

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Maju Jaya.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL