no comments

TIPS PENGGUNAAN PRINTER AGAR TAHAN LEBIH LAMA. RAMAI PENGGUNA YANG MENGABAIKAN POINT NO 2

  • Gunakan printer secara teratur

Kita hendaklah menggunakan printer secara teratur. Maksudnya disini, jangan lah sampai printer tersebut tidak digunakan langsung dalam jangka masa yang sangat panjang. Bagi printer ink jet, jika tidak digunakan akan menyebabkan tinta pada head ‘cartridge’ kering sehingga mengakibatkan proses pencetakan akan menjadi tersumbat. Secara tidak langsung saluran diameter juga akan ikut tersumbat akibat tinta tidak mengalir dan akhirnya menyebabkan head cartridge rosak. Sebagai langkah penjagaan, kita hendaklah merawat printer secara berkala dan usahakan satu minggu sekali untuk melakukan test printer dengan mencetak gambar yang mengandungi banyak warna.

 

  • Aktiviti pembersihan printer

Untuk penjagaan printer yang lebih berkesan, kita haruslah sentiasa melakukan aktiviti pembersihan secara kerap untuk mengelakkan benda asing yang boleh merosakkan printer. Kita haruslah manfaatkan clean head pada printer secara berkala untuk tetap menjaga tinta keluar secara lancar.

 

 

  • Cara penggunaan printer yang betul

Kita haruslah mematikan printer dengan menekan ‘button power’. Sesetengah pengguna tidak menekan ‘button’ tersebut dan terus menanggalkan plug printer. Kita hendaklah menekan ‘button’ power agar posisi ‘cartridge’ kembali ke tempat asalnya. Kita juga disarankan agar tidak menyentuh ‘casing’ printer jika belum mahir menggunakannya kerana kesalahan sedikit sahaja akan menyebabkan kerosakan pada printer. Jangan sembarangan menyentuh chip cartridge dengan tangan kerana dapat mempengaruhi aliran listrik statis dan menganggu komponen tersebut.

 

 

  • Penggunaan kertas yang sesuai

Kita hendaklah memastikan kertas yang digunakan amat bersesuaian dengan printer kita. Keadaan kertas haruslah tidak terlalu tipis atau terlalu tebal. Dan yang penting sekali kertas tidak kusut agar printer boleh mencetak dengan baik dan tahan lama. Elakkan menggunakan kertas yang kotor dan berdebu kerana akan menyebabkan roll penarik kertas menjadi kotor dan lama kelamaan akan menjadi haus dan akhirnya menyebabkan ianya rosak.

 

 

 

  • Penggunaan ink refill

Kita hendaklah meggunakan ink refill yang dikhaskan untuk printer tersebut agar hasil cetakan tetap terjaga kualitinya. Hendaklah segera refill ink jika sudah menunjukkan tanda-tanda akan habisnya ink tersebut. Ink yang kosong akan menyebabkan tersumbatnya head cartridge. Kita hendaklah hindari untuk menyentuh bahagian elektrik cartridge dengan jari sebaliknya hendaklah bersihkan dengan menggunakan tisu halus. Cara ini akan membuatkan head cartridge tahan lama.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL