no comments

5 Tips Menulis Problem Statement Yang Mantap. Poin Nombor 5, Jangan Pandang Mudah

Satu masalah utama PG dalam Bab satu, Problem Statement atau dalam Bahasa Melayunya Penyataan Masalah. Apa yang masalah sebenarnya? Selalu sahaja pelajar gagal menyatakan apakah sebenarnya masalah yang dikaji sehingga tidak menyakinkan keperluan kajian tersebut dijalankan. Jom kita tangani masalah ini. Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita.

 

  1. Nyatakan dengan jelas apa yang dimaksudkan.

Pastikan apabila orang membaca, ia dapat difahami tentang isu yang kita ingin selesaikan.
Kalau masih boleh ditanya, maknanya tidak kukuhlah problem statement kita itu. Maksud yang dinyatakan memerlukan objektif yang jelas, agar anda dapat membuat dokumen dengan tersusun rapi. Untuk memahami setiap perkara yang dibuat memerlukan anda berfikir secara kreatif dan inovasi mengikut bidang yang dikaji.
.

  1. Tulis masalah dengan jelas dan lengkap.

Gunakan ayat-ayat yang kita bina sendiri, bukan senang.. betul..tapi cuba gunakan ayat kita. Tak perlu panjang dan meleret-leret. Paling panjang pun, satu setengah mukasurat. Apa yang penting masalah perlulah jelas dan penting untuk diketengahkan.

  1. Pastikan Novelty

Gini, ‘depends’ kepada novelty yang kita mahu highlight. Mungkin kita ada satu novelty daripada problem tersebut. Masukkan ia ke dalam satu perenggan. Ya. simple satu perenggan mudah dibaca oleh examiner nanti.

  1. Tetapkan tujuan penelitian.

Ok, apakah tujuan penelitian kita, apakah impak kepada komuniti contohnya. Nyatakan visi kita. Dalam usaha untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan apabila menyelesaikan masalah ini, ia adalah penting untuk memahami wawasan. Pastikan kita memasukkan manfaat menyelesaikan masalah tersebut. Ambil masa untuk menulis pernyataan kita dengan jelas dan tepat.

 

  1. Guna Ayat Tanda Soal (5W)

Fikirkan semasa anda berada di sekolah dan anda akan ingat bagaimana guru Bahasa Inggeris and mungkin mengajar kami tentang “Ws” question.

Siapa? (Who), Apa? (What), Di mana? (Where), Bila? (When) dan Mengapa? (Why) – soalan yang anda perlu jawab semasa menulis esei. Seperti anda yang ingin meneruskan untuk menulis peryataan masalah kita, gunakanlah teknik 5 W dan menjawab semua soalan tersebut.

Setakat itu sahaja buat masa ini. Semoga perkongsian ini membantu penulisan tesis dan research kita! Mudahkan research kita, yang PENTING, mudahkan examiner kita! 🙂

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL