no comments

4 sebab anda perlu baca pruf (proofread) tesis

Ia mungkin nampak seperti membuang masa, tetapi percayalah baca pruf ini amat penting didalam penulisan. Disini disertakan 5 sebab anda perlu baca pruf tesis anda.

 

  1. Mengelakkan penolakan markah

Kesalahan ejaan dan tatabahasa akan mengurangkan markah tesis anda hampir 10% daripada keseluruhan markah. Menyemak kerja anda daripada berlaku sebarang kesalahan dapat mengelakkan anda daripada kehilangan markah.

 

  1. Lebih profesional

Tesis anda akan nampak lebih profesional jika sudah dibaca pruf dengan sempurna. Tesis yang baik akan menjadi rujukan orang ramai.

 

  1. Manusia vs mesin

Aplikasi yang digunakan untuk menyemak kesalahan ejaan dan tatabahasa memang banyak membantu didalam penulisan tesis. Tetapi tahukah anda bahawa manusia lebih mahir didalam menyemak sesuatu penulisan lebih-lebih lagi jika disemak oleh mereka yang mahir.

 

  1. Beri pembaca lebih faham

Memang tidak dinafikan bahawa setiap tesis mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri mengikut kemahiran penulisnya. Tetapi pernahkah kita terfikir adakah pembaca dapat memahami apa yang kita cuba sampaikan? Dengan memberi tesis kita untuk di baca pruf, kita akan tahu adakah penyunting dapat memahami apa yang hendak disampaikan didalam tesis kita. Penyunting akan memberi komen tentang tesis kita dan akan mengubahnya kepada perkataan yang lebih mudah untuk difahami.

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL