no comments

3 Sebab Anda Perlu Tulis Proposal Dengan Jelas. Point ke-3 Paling Ramai Orang Tidak Tahu.

Apabila kita melanjutkan pengajian kita ke tahap yang lebih tinggi seperti Master & PhD, benda yang paling kita kena ambil berat ialah kita kena pertahankan (Defend) proposal kajian kita.

Bila kita sudah mendaftar pengajian kita, pada semester pertama kita mesti dah fikir mengenai topik kajian kita. Bukannya selepasnya satu semester.

Apabila kita nak buat kajian kita, kita nak tahu mengenai ilmu-ilmu baru, kita nak ‘improve’ daripada kajian orang lain. Senang cerita, kita melakukan penambaikkan. Kita kena buat apa yang dapat membezakan kajian kita dengan orang lain.

Untuk menghasilkan proposal yang bagus, mestilah merangkumi 3 perkara iaitu :

Introduction, literature review, dan research methodology (at least separuh).Kita juga boleh tulis research design (overview kajian kita) kita dalam topic research methodology, satu perenggan sahaja.

 

Tetapi benda yang paling penting ialah kita mestilah tulis ‘Research Proposal’ kita dengan jelas. Sejelas-jelasnya. Kenapa? Ada 3 sebab-sebabnya iaitu :

  • Cuba bayangkan kalau kita tak tulis proposal kita dengan jelas? Ini kan memberikan impak terbesar dalam kajian kita. Kajian kita tidak akan terjadi seperti yang kita harapkan, mungkin objective kita tak akan tercapai. Mungkin juga kalau kita nak capai sesuatu result tapi sampling kita tak reprsentatative. Benda-benda ini akan memberikan masalah kepada kita pada masa hadapan.

 

  • Kita kena sematkan dalam fikiran kita, kita akan menulis Academic Writing. Kita kena ingat penulisan ini bukan untuk kita, tetapi kita tulis untuk examiner.  Kita tak perlu tulis menggunakan ayat yang bombastic, write as simple as you can.

 

  • Geran / Dana. Anda tahu tak, kalaulah anda memang tulis proposal anda dengan jelas & sangat bagus. Supervisor kita boleh bantu mendapatkan dana dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau sumber-sumber yang lain hanya dengan menggunakan kita punya proposal. Bolehlah dana tersebut membantu kita semasa mengutip data.

 

Tips yang paling penting sekali, sebelum kita defend proposal kita, kita perlulah pergi jumpa supervisor kita sekurang-kurangnya sekali seminggu.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL