no comments

Pembelajaran Yang Efektif : Face To Face Learning

Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa.

.

Ayat di atas menggalakkan Umat Islam supaya menjadi orang yang berilmu, Menuntut ilmu & Mencintai ilmu pengetahuan. Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima iaitu golongan yang tidak berilmu. Tiada batasan dalam cara menuntut ilmu sama ada secara formal atau pun tidak formal.

.

Membentuk sebuah kejayaan dalam pembelajaran untuk mencapai satu target atau gol dalam  kehidupan seorang yang bergelar pelajar. Jika anda seorang yang bergelar Sarjana , ini dia cara-cara untuk memudahkan sesi pembelajaran anda dalam menyelesaikan thesis anda dengan pantas.

.

Metodologi atau kaedah mempelajari sesuatu ilmu itu adalah satu perkara yang amat penting untuk mendapat ilmu yang berkesan dan produktif. Berinteraksi dengan pendidik dalam melakukan sesuatu kegiatan atau pembelajaran sehingga proses belajar itu berjalan dengan baik dan tercapai juga adalah satu perkara yang sangat dititik beratkan.

.

Kita lihat sebagai contoh, sebagai seorang pelajar Siswazah yang sedang menyiapkan thesis mereka, hubungan antara kita sendiri sebagai seorang pelajar dan Supervisor merupakan elemen yang sangat penting.

.

Mengapa ia dikatakan penting? Pemahaman yang baik antara Supervisor dan Pelajar sangat diperlukan untuk mewujudkan elemen yang positif dan memberikan kesan dan impak yang berkesan. Ia dapat mewujudkan 2 pemahaman dalam mana kita sedang berkomunikasi. Komunikasi tersebuat dapat kita lihat mendapat pencapaian dan target yang sebenar. Sebagai seorang pelajar, amat penting untuk kita untuk memahami tugas kita sendiri dan memahami dan memenuhi jangkaan dari Supervisor kita.

.

Dalam erti kata lain, memahami antara satu sama lain akan membawa kita kepada satu persetujuan yang nampak jalannya dengan jelas. “hendaknya seorang muslim itu memahami tata cara manusia di dalam berbicara. Ia juga perlu memahami makna-makna yang ada dalam ucapannya. Hal ini kerana, adakalaya ada yang bersifat berterus terang namun ada juga yang tidak mahu memperlihatkan isi hati mereka dan akhirnya diterjemahkan dalam bentuk isyarat. Maka dari itu kita harus perlu memahami dengan baik maksud perbicaraan orang lain.”

.

Face to face learning adalah sangat penting bagi seorang yang ingin memperoleh ilmu yang berkesan. Menurut pengalaman dari seorang peserta bengkel “Two Days Workshop: Qualitative Data Analysis with ATLAS.ti” di MPWS, beliau sangat menyarankan untuk belajar dan berguru secara bersemuka dan berdepan. Pendapat beliau menyatakan, jika berdepan dan berguru secara face to face, ilmu yang ingin dipelajari lebih nampak dengan jelas dan segala persoalan yang ada di dalam kotak fikiran boleh terus diaju kepada tenaga pengajar tersebut.

.

Semestinya tenaga pengajar yang kita akan masuk ke dalam kelas tersebut datangnya dari seorang yang sangat pakar dan mahir dalam bidang yang kita perlukan. Kebuntuan yang ada di kotak fikiran seseorang akan diterangkan dengan jelas sehingga kita berpuas hati dan jelas dengan maksud apa yang kita ingin tahu. Dalam sesi bengkel dijalankan, terdapat pelbagai input yang penting dikongsi oleh speaker dan semestinya sangat berguna untuk menyelesaikan sesi menganalisis data saya untuk mendapatkan result yang berkualiti dalam penulisan thesis saya. Hadirnya seorang speaker yang sangat master dalam bidang tersebut sangat memberi impak positif kepada saya -Puan Aida(peserta bengkel) “berbaloi saya datang jauh dari Kedah ke MPWS Bangi untuk menunutut Ilmu” – Alhamdulillah!

.

Jelas disini, face to face learning sangat membantu proses pembelajaran seseorang supaya berjalan dengan lancar dan memperoleh hasil yang sangat berkesan. Bagi yang sedang mencari bengkel atau kelas yang sesuai untuk postgraduate atau ahli akademik, jom intai-intai di MPWS Bandar Baru Bangi. Pelbagai bengkel yang dijalankan disana ! In Shaa Allah MPWS dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda dalam pembelajaran.

#mpws #sharetips #postgraduate #ahliakademik #qualitativeanalysis

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL