no comments

Tak reti Nak Import Data Dari Excel ke Software SPSS? Ini Kerana Anda Belum Faham Apa Itu Software SPSS.

Bagi para penyelidik yang menggumpul data kuantitatif, kita akan menjumpai beberapa software yang akan membantu kita mengira dan mentafsir data. Ini dapat memudahkan kerja kita dalam mengolah data yang telah dipeolehi.

Salah satu software yang sering digunakan oleh para penyelidik ialah Software SPSS. Software SPSS ini sering di guna pakai oleh para penyelidik kerana kaedah penggunaannya yang senang dan mudah untuk difahami.

SPSS juga menyediakan berbagai rumus analisis seperti Dubbin-Watson, Pearson, t-test, F-test dan banyak lagi, sehinggalah kita sebagai pengguna software hanya tinggal memilih rumus analisis yang mana satu yang ingin digunakan.

Kita sedia maklum bahawa tahap entry / input data merupakan tahap awal sebelum kita meneruskan ujian-ujian yang seterusnya. Sebagai contoh, kita masukkan data yang telah kita kutip daripada borang soal-selidik.

Apabila kita buka Software SPSS ini, ianya akan sedikit menyerupai dengan Microsoft Excel.

Soffware SPSS ini memiliki 2 sheet yang berbeza iaitu data view & data variable.

1 ) Data View adalah tab sheet yang menampilkan nilai data yang sebenarnya atau label nilai yang didefinisikan. Pada tab sheet inilah, kita akan memasukkan/mengentri data ke dalam Software SPSS.

Kita dapat lihat dibahagian atasnya pula terdapat menu-menu seperti File, Edit, View, Windows, dan Help.Menu-menu utama Software SPSS ini memberi maksud seperti :

  • Data. Menu ini menampilkan submenu untuk melakukan perubahan-perubahan data, seperti memisahkan isi filedengan kriteria tertentu, menggabungkan data, etc.
  • Transform. Menu untuk transformasi data, seperti mengira variabel data, mengubah data, merangking data, etc.
  • Analyze. Menu yang menjadi pusat pengolahan data, seperti mengolah statistik deskriptif, regresi, korelasi, etc.
  • Graphs. Menu untuk menampilkan data dan hasil pengolahan data dalam bentuk grafik dan chart,seperti bar chartshistogram, scatter diagram, etc.
  • Menu pelengkap dalam pengoperasian SPSS, seperti menampilkan informasi variabel, mendefinisikan dan menampilkan variabel data, etc.

2) Variable View adalah  tab sheet yang menampilkan kamus metadata di mana setiap baris mewakili sebuah variabel dan memperlihatkan nama variabel, jenis data (contoh: numeric, string, date), lebar cetak, dan pelbagai ciri-ciri yang lain.

Menu yang tersedia dalam Variabel View diantaranya:

NameColumn ini untuk memberikan informasi tentang nama variabel data. Nama variabel yang kita tuliskan di sini akan muncul pada Data View.

TypeColumn ini untuk memberikan jenis variabel data yang digunakan seperti angka, huruf atau decimal.

LabelColumn ini menunjukkan tambahan informasi dengan memberi label pada variabel data yang kita inginkan. Sebagai contoh :
variabel: ”nama” kita beri label: ”responden”
variabel: ”umur” kita beri label ”umur”
Pemberian label dapat membantu dalam mentafsir hasil analisis (output) kerana definisi output yang lebih jelas.

ValueColumn ini untuk memberikan label string yang diterapkan untuk nilai numeric tertentu, biasanya untuk data yang bersifat ordinal dan interval, sebagai contoh : nombor 1 untuk lelaki dan nombor 2 untuk perempuan.

MissingColumn ini menunjukkan nilai yang hilang (missing value) dalam data (jika ada). Responden menolak untuk menjawab pertanyaan tertentu, mungkin tidak tahu jawabannya, atau mungkin menjawab dalam bentuk lain. Jika anda tidak mengidentifikasi data ini, analisis anda mungkin tidak memberikan hasil yang tepat.

ColumnsColumn ini  menunjukkan lebar column. Tidak kisah jenis data numeric ataupun string, lebar maksima adalah 255 digit.

AlignColumn ini  menunjukkan posisi data pada setiap cell. Terdapat tiga pilihan posisi data, iaitu: left, right, dan center.

Measure. Kolom ini  menunjukkan jenis ukuran data yang digunakan. Terdapat tiga pilihan jenis ukuran data, iaitu :  Scale/interval, Nominal & Ordinal, Ratio

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL