no comments

“Mood” Hilang Sewaktu Mahu Menulis? 5 Tips Ini Sangat Membantu

 

Kebayakan kita pasti pernah mengalami tiada mood ketika menulis. Jika kita masih menantikan mood menulis kembali semula  pasti penulisan kita tidak banyak berhasil dengan cepat. Namun penulis sering memberi alasan berikut yang menjadi punca kehilangan mood mereka untuk menulis seperti:

  • “Cuaca sejuk dan nyaman adalah mood terbaik untuk menulis! Sekarang cuaca panas terik, nanti-nantilah”.
  • “Hujan-hujan begini menjadikan jari jemari seakan lemah untuk menekan papan kekunci, tambahan lapar pula perut pada waktu begini, jom makan dulu”.
  • “Hmm.. menulis di waktu tengah malam sekejap lagi laa, anak-anak bising menonton television pada waktu siang begini”.

Penulis yang menghadkan waktu begini pasti akan menantikan suasana yang terbaik untuk dia terus menulis seperti cuaca sejuk, nyaman dan tiada gangguan lain yang meganggu inspirasi untuk menulis. Fikiran  seperti ini hanya boleh membuat penulis menghabiskan banyak masa hanya dengan tidak menulis.

Adakah kita menyangka kita harus ada mood untuk ke tempat kerja? Adakah kita perlu ada mood untuk menyuap makanan kepada ahli keluarga? Adakah ahli keluarga kita juga mempunyai mood ketika perut sedang berkeroncong untuk makan malam?

Penulisan yang tanpa berterusan setiap hari juga akan melunturkan semangat kita untuk menulis. Kemudian kita akan lupa di mana kita berada dan kita akan kehilangan sentuhan melalui gerak hati kita sebegini.

Atlet professional berlatih setiap hari tanpa mengira apa jua cuaca, kekejangan otot atau mood. Pemain piano pula fokus berlatih setiap masa walaupun jari jemari mereka panas, kejang atau sejuk. Maka sebagai seorang penulis kita juga tiada bezanya. Kadang-kadang kita menggunakan alasan, terutamanya ketika ingin melakukan perkara lain sewaktu menulis. Selepas perjuangan yang panjang dan pembacaan pengalaman-pengalaman penulis lain, terdapat banyak strategi untuk kembalikan semangat menulis, antaranya:

 

#1  Jadualkan waktu yang realistik untuk menulis.

Ini untuk menghasilkan lebih banyak elemen keseronokan. Sebagai contoh, ibu muda beranak empat meletakkan memo di peti ais “Waktu tidur anak-anak 3.00 – 4.00 petang! Ataupun pegawai penyelidik sedang bersiap membetulkan tali leher di hadapan cermin, terlihat memo “Malam ini, tiada TV, tiada Internet, tiada telefon. Masa untuk menulis manuskrip –  2 jam!”

Apa yang berlaku? Ibu muda tadi meluangkan masa yang ada itu dengan bersembang di telefon mengenai fesyen terkini dan berkongsi resepi. Pegawai penyelidik pula selepas pergi makan malam bersama rakan-rakan, balik rumah pada waktunya dan kemudian terus menonton perlawanan bola sepak.

Pengajarannya, jadualkan waktu harian dan realistik untuk menulis. Daripada jadual yang dirancangkan, bukan sahaja terdapat aktiviti yang dipertanggungjawabkan tetapi juga pengetahuan diri. Kita mungkin berangan-angan untuk menulis seawal 6.00 pagi dan sambil menikmati keindahan matahari terbit. Jika kita ialah seorang morning person, pastinya kita akan mengalami waktu-waktu yang indah ini. Tetapi, jika waktu 6.00 pagi ini terasa seperti 3.00 pagi, jadualkan waktu untuk menulis mengikut kesesuaian badan kita.

 

#2  Tandakan pada kalendar.

Letakkan masa untuk menulis sama seperti kita menandakan waktu temu janji bersama doktor atau waktu servis kereta dalam jadual kita. Melalui cara ini kita menandakan pada diri sendiri dan penulisan kita dengan secara serius. Sesi untuk menulis bersama penulis sendiri ialah sesi temu janji dan berkemungkinan menjadikannya lebih penting dari hal-hal lain.

 

 

#3  Rancang kerja esok pada malam ini.

Pernahkah kita mengalami waktu ketika mahu merancang aktiviti untuk keesokan hari, kemudian melihat pada meja untuk merangka kerja-kerja esok tetapi selalunya lain pula yang dilakukan, seperti menghantar email, mengemas fail, ataupun pergi mencari kudapan di ruang “pantry”. Ini bermakna sebelum kita berhenti pada satu-satu kerja, kita seharusnya sudah berkeputusan untuk melakukan kerja seterusnya.

Maka kita harus memutuskan di mana kita harus bermula dan nyatakan apakah material diperlukan. Teknik ini tidak akan menjadi jika kita bersikap sambil lewa dan tidak jelas. Jadilah seorang yang spesifik. Dapatkan buku nota, tulis kerja-kerja esok hari di dalamnya atau tampalkannya di papan kekunci.

 

#4  Mulakan dengan sesuatu yang mudah.

Lakukan tugasan yang berkaitan dengan penulisan, contohnya mencetak rangka kerja dan membaca beberapa artikel yang cukup untuk mencetuskan semangat dan mood untuk menulis. Tetapi jika tugasan yang memerlukan komitmen dan peruntukan masa yang mencukupi, jadi.

 

#5  Tetapkan matlamat yang boleh dicapai.

Setiap kali kita merasakan bermotivasi atas kejayaan atau gagal dan malu dalam sesuatu tugasan, luangkan masa 5 minit untuk menulis. berjanji pada diri sendiri untuk menghabiskan satu perenggan atau satu halaman. Jika kita mampu mencapainya, kita akan menyiapkan kuota kecil masa untuk menulis  dalam sehari. Sebagai contoh, 300 patah perkataan dalam sehari.

Setelah kita memulakan aktiviti ini, kita akan menjadi asyik dan seronok seakan tidak mahu berhenti menulis mengikut kuota yang telah ditetapkan. Strategi berjaya!

 

Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Beliau Menghadapi Viva PhD Di UK

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL