no comments

5 Sebab Utama Manuskrip Ditolak Pengulas!

 

Sebaik sahaja kita menyiapkan manuskrip, kita pasti akan menghantar kepada pengulas (reviewer) sebelum manuskrip tersebut diterbitkan. Semestinya kita mengharap-harapkan hasilnya diterima dengan baik. Tetapi juga berkemungkinan akan ditolak oleh pengulas atas sebab-sebab yang boleh dielakkan.

Kebanyakkan penerbit menjangkakan pengulas akan menilai dari aspek saintifik merit dan kesahihan penyelidikan di dalam sesebuah manuskrip, bagaimanapun pengulas boleh menjadi penilai yang kritis dengan menitikberatkan kesalahan penggunaan bahasa yang mana sukar untuk dielakkan tanpa suntingan yang teliti.

Sebab utama ini adalah di antara perkara yang penting disebabkan oleh pengulas cenderung untuk fokus kepada isu-isu yang berbeza bergantung kepada kebimbangan individu dan keperluan penerbit. Di antara sebab-sebab utama kenapa manuskrip ditolak adalah seperti berikut:

#1  Lemah Experimental Design dan/atau Penyiasatan Kurang Mencukupi.

Sampel saiz yang kurang ataupun lemah, sampel yang berat sebelah dan kesalahan dalam pengukuran saintifik di dalam penyelidikan adalah di antara sebab-sebab yang  kerap dilakukan dan menyebabkan manuskrip ditolak.

 

#2  Tidak Menepati Syarat Kriteria Penerbit.

Sebab biasa yang juga kerap di nilai pengulas ialah keutamaan dan fokus  manuskrip tidak di dalam skop penerbitan. Tambahan lagi, garis panduan yang telah ditetapkan oleh penerbit juga tidak dipatuhi.

 

#3  Lemah Tatabahasa, Gaya dan Sintaksis

Hal ini tidak akan menyebabkan manuskrip ditolak serta merta! Tetapi kelemahan ini akan mempengaruhi gambaran secara keseluruhan kepada pengulas dan penyunting terhadap manuskrip tersebut.

 

#4  Rumusan Permasalahan (Problem Statement) Tidak Mencukupi

Permasalahan kajian yang jelas dan mengikut rangka kajian sewajarnya adalah sangat penting di dalam manuskrip. Oleh itu, rumusan permasalahan yang tidak mencukupi menjadi salah satu sebab utama ditolak oleh pengulas.

 

#5  Kaedah (Methods) Tidak Diberikan Secara Terperinci 

Penulis manuskrip hendaklah jelas mengenai  perancangan kajian (study design) yang dilakukan, kaedah yang digunakan dan prosedur yang ditetapkan. Pada sesetengah kes, adalah lebih baik untuk tidak meletakkan maklumat yang terlalu banyak di bahagian kaedah (methods) daripada memberikan maklumat yang terlalu sedikit. Maklumat ini juga boleh dianggap sebagai maklumat yang tidak perlu ada di dalam manuskrip untuk dikeluarkan bergantung kepada penerbitan jurnal terbabit.

Terdapat juga sebab-sebab lain yang mendorong pengulas untuk menolak manuskrip yang dihantar. Antara sebab-sebab seterusnya akan dikongsi di pascasiswazah.com pada artikel yang lain. Semoga perkongsian ini membantu memberikan sedikit sebanyak gambaran dan tips kepada warga pascasiswazah agar manuskrip-manuskrip yang ditulis akan diterima dan diterbitkan dengan jayanya.

 

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL