no comments

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Poin Nombor 11 Paling Penting

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara bagi pengajian tahun 2017.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN:

  1. Pemohon dan ibu bapa merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
  3. Permohonan ini adalah termuka kepada penjawat awam dan orang awam.
  4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
  6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dallam bidang yang dipohon (mengikuti Ranking by Subject 2016 Times Higher Education aau QS World University Ranking).
  7. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
  9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu Bahasa antarabangsa.
  10. Keutamaan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  11. Pemohon hendaklah menyertakan Salinan ‘Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ‘Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
  12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  13. Sihat tubuh badan.
  14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
  15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan.

 

KATEGORI PEMOHON:

  1. Penjawat Awam
  2. Berstatus tetap atau kontrak serta sedang dan telah berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  3. Permohonan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan tertakluk kepada peraturan- peraturan perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.
  4. Orang Awam
  5. Sedang dan telah berkhidmat di sektor swasta di Negeri Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  6. Permohon hendaklah mengemukakan surat pengesahan majikan. Sekiranya berjaya menerima tawaran, permohon perlu mendapatkan  surat perlepasan daripada majikan.

CARA PERMOHONAN:

  1. Muat turun borong di portal rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor www.tkwbns.selangor.gov.my.
  2. Lengkapkan semua dokumen dan hantar secara SERAHAN TANGAN atau POS ke:

 

Urus Setia, Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

Cawangan Biasiswa dan Peminjam Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Ringkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam.

No. Tel: 03-55447484/7543

Hanya permohonan yang LENGKAP akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh DUA BULAN selepas tarikh tutup adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

TARIKH TUTUP: Khamis 15 Jun 2017

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL