no comments

Zenslides (Presentation Berimpak Tinggi)

.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menghasilkan Zenslides ‘Live’ di Internet. Impian saya untuk menghasilkan Zenslides Online ini bermula 3 tahun lepas. Pada waktu itu saya aktif mengendalikan bengkel Zenslides kepada rakan-rakan di universiti. Timbul keinginan saya untuk membolehkan kursus ini diakses oleh semua orang memandangkan maklumbalas yang saya terima sangat memberansangkan.

Idea Zenslides ini asalnya bermula daripada cabaran saya kepada diri saya sendiri. Pada waktu itu, saya masih bergelar mahasiswa dan terlibat dengan banyak Powerpoint Presentation. Cabaran pada waktu itu adalah untuk membina slaid yang menarik yang melengkapi diri saya(pembentang) dalam masa yang singkat dan menggunakan alatan asas iaitu Powerpoint sahaja.

Hampir 3 bulan saya menelaah buku-buku berkaitan rekabentuk slaid dan penyampaian berkesan. Saya juga menonton banyak siri ucapan TED untuk mencari kaedah dan teknik-teknik yang terbaik. Dan dari situ, lahirlah:

 

 

 

Apa itu Zenslides?

Zenslides adalah koleksi teknik luar biasa yang akan menukar slaid powerpoint anda daripada bosan kepada sangat-sangat BEST.

Teknik-teknik yang dikongsikan sangat-sangat mudah dan praktikal. Anda tidak perlu mendalami Adobe Photoshop. Anda tidak perlu menjadi seorang ‘Designer’. Saya perlukan hanya ANDA dan POWERPOINT!

Apa yang anda akan pelajari dalam Zenslides?

Di permulaan kursus ini anda akan diberi pencerahan berkaitan tujuan penciptaan slaid. Tajuk ini nampak mudah, namun kesannya sangat hebat. Anda seterusnya akan didedahkan dengan kesilapan No #1 pencipta slaid dan bagaimana anda boleh mengelakkannya.

Untuk pengetahuan anda, setiap video Zenslide hanyalah sekitar 4-10minit sahaja. Ini bertujuan untuk memastikan fokus anda maksimum dan optimum. DAN yang paling penting, kesemua slaid yang dipaparkan adalah dibina menerusi Powerpoint. (walk the talk)

 

4 Prinsip Kritikal Zenslides

Dalam tajuk ini, saya akan berkongsi 4 prinsip kritikal dalam penciptaan slaid yang memukau. Kesemua 4 prinsip ini disertakan dengan contoh-contoh yang tersendiri.

Paling menarik adalah anda akan diberikan slaid contoh untuk dimuat turun. Dalam slaid ini anda boleh melihat sendiri cara saya mempraktikkan kesemua 4 prinsip Zenslides.

.

Berminat Zenslides?

Buat masa ini saya mengenakan yuran komitmen sebanyak RM250 untuk menyertai kursus Zenslides. Pun begitu, jika anda betul-betul ingin mendalami Zenslides, anda boleh dapatkan baucer diskaun istimewa:

  • RM50.00 Baucer Postgraduate Workshop
  • RM20.00 Baucer Proofreading & Translation Services
  • RM20.00 Baucer Buku MPWS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.-.by Wan Yusof

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL