no comments

Saya & Awak, 2 Insan Yang Berbeza

Kita hidup didalam satu kelompok masyarakat yang mempunyai pelbagai pandangan dan cara berfikir yang berlainan.

Topik pertama hari ini adalah Common Sense is Common’.

Contoh ayat yang biasa kita guna : “Benda ni ‘common sense’ kot, patutnya semua orang kena tahu”.

Yang dimaksudkan dengan ayat diatas ialah kita tak perlu bawak ‘common sense’ yang kita percaya ke semua tempat. Kita sama sekali tak boleh anggap yang ‘common sense’ setiap orang adalah sama.

Sebab apa?

Andai kata ‘expectation common sense’ kita tidak dapat dipenuhi, yang akan rasa kecewa itu adalah diri kita kerana setiap individu mempunyai ‘common sense’ yang berbeza.

Sebagai Contoh :

Liku-liku kehidupan para siswazah, kadang-kala kita diberi tugasan berkumpulan oleh pensyarah kita. Kita dan 4 orang lagi kawan kita ditugaskan untuk membuat laporan mengenai sesuatu isu. Tetapi terdapat seorang rakan kumpulan kita yang tak tunjuk sebarang ‘effort’ untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dan markah keseluruhan diberi sama rata. Kita rasa tak adil.

‘Common Sense’ diri kita adalah, markah laporan tersebut tidak wajar untuk diberikan sama rata kepada ahli kumpulan.

‘Common Sense’ pensyarah kita pula, laporan tersebut adalah hasil usaha satu kumpulan, jadi markah akan diberi sama rata.

Penyelesaian kepada isu tersebut, sama ada kita boleh ‘push’ atau ajak rakan kumpulan kita untuk sama-sama bertanggungjawab untuk membuat sesuatu tugasan @ kita boleh melaporkan sikap malas rakan kita tersebut kepada pensyarah kita.

Manakala, topik kedua hari ini adalah If I can do it, others should be able to.’

Kalau kita ‘translate’ ayat di atas didalam sesuatu situasi, ia akan jadi macam ni :

  • “Kalau saya boleh dapatkan maklum balas daripada 500 orang responden dalam masa 1 minggu, takkan lah awak tak mampu lakukan.”
  • “Kalau saya boleh siapkan ‘problem statement’ kajian saya dalam 2 minggu, takkan lah awak tak boleh buat.”

Bayangkan kalau ayat diatas kita lontarkan kepada individu lain dalam nada yang beremosi (sindiran atau marah), pasti mereka akan rasa kecil hati & mudah untuk berputus asa.

Kita kena tahu, cara kita menguruskan hidup kita berbeza. Janganlah kita memperlekehkan cara kerja orang lain.

Jikalau kita rasa kita nak membantu orang lain supaya jadi berjaya macam kita, Kita mungkin boleh berikan tips-tips ataupun nasihat yang berguna kepada individu tersebut.

Sebagai contoh nasihat yang kita boleh berikan ialah :

“Saya telah berjaya mendapatkan maklum balas yang berkualiti daripada 500 orang reponden dalam masa 2 minggu kerana saya telah mengikuti bengkel ‘One Day Workshop on Questionnaire Design’. Inti pati dalam bengkel tersebut sangat membantu saya mendapatkan maklum balas responden yang bersesuaian. Mungkin awak boleh sertai bengkel tersebut untuk mendapatkan ‘result’ yang bagus.”

Seseorang yang ikhlas untuk menyampaikan nasihat ialah seorang yang lembut hati dan baik jiwanya.

Dalam waktu yang sama, orang yang menerima nasihat hendaklah menerima nasihat tersebut dengan hati yang terbuka dan membuat penilaian yang sewajarnya. Hentikan dengan tabiat membalas ‘jangan jaga tepi orang lain’.

Bahkan lebih indah jika kita bersyukur kepada Allah & berterima kasih kepada orang yang menasihati kita.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL