no comments

“Graduate On Time?”

Tidak faham bagaimana sistem dalam PhD?

Banyak sangat term yang mengelirukan?

Takut tak dapat Grad on Time? Rasa macam nak “give up”?

Eh, biar betul? Sabar dulu.

Memang lumrah belajar ada masa rasa macam hendak berputus asa. Ada satu waktu, bila tekanan yang melampau, rasa memang inilah pengakhiran belajar. Namun, bila difikirkan semula, kalau tiada jatuh bangun dalam belajar, mesti kita tidak belajar “sesuatu” yang bernilai dalam hidup kita.

Cuba berfikiran positif. Allah tidak akan membebankan hambanya sekiranya hambanya tidak mampu. Pasti ada jalan bagi setiap kesusahan dan ujian yang diberikan oleh-Nya. Kebanyakan pelajar pada masa kini, khasnya pelajar siswazah mudah sangat rasa “down” bila gagal dalam sesuatu bidang yang diceburi. Rasa buntu, tertekan dan mula rasa hendak berputus asa.

Sebagai contoh, untuk pelajar PhD, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan ambil tahu. Hal ini kerana banyak aspek yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan PhD. Sering kali saya dengar ayat-ayat negatif daripada pelajar-pelajar PhD seperti:

susahlah buat PhD ni

Stress nya buat PhD, tak da life

Habislah, lambat lagilah nak Grad on Time kalau macam ni

TAHUKAH ANDA?

Ada cara untuk kita hilangkan ayat-ayat di atas daripada fikiran dan keluar daripada mulut kita . Bagimana?

Jom saya kongsikan bagaimana caranya.

Pernah dengar PhD Mosaic? Pertama kali dengar? Tidak mengapa, mari kita selami PhD Mosaic ini bersama-sama ya.

PhD Mosaic? Apa tu?

Mosaic telah diambil dari makna asal iaitu jubin. PhD digambarkan sebagai sistem jubin. Katakan salah satu kepingan jubin ini hilang atau tidak teratur, kita tidak akan dapat  gambaran sebenar yang ingin digambarkan oleh jubin-jubin ini. Begitu juga seperti Master atau PhD. Speaker PhD Mosaic, Dr Aida Rahman merujuk mosaic sebagai satu sistem. Setiap siswazah perlu memahami sistem ini. Kita perlu tahu tentang semua proses yang terlibat dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan Master dan PhD yang berkualiti.

Bayangkan, jubin-jubin ini tidak teratur dan tidak lengkap, dapat kita kenalpasti gambar sebenar?

7 Sebab kenapa PhD Mosaic!

  1. Kita akan lebih memahami apakah proses yang terlibat dalam mendapatkan Master/ PhD
  2. Kita dapat mengetahui bagaimana hendak mencari supervisor dan universiti yang sesuai
  3. Kita akan lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan, bagaimana dan di mana penyelidikan harus dimulakan
  4. Dapat menjelaskan dengan lebih terperinci jenis- jenis penyelidikan
  5. Dapat mengetahui bagaimana hendak memulakan research dan mencari “gap”
  6. Menerangkan bagaimana untuk menulis pernyataan masalah (Problem statement), kajian literature (Literature review) dan memilih kaedah berkaitan dengan paradigm
  7. Dapat mengetahui proses untuk menyiapkan tesis dan bagaimana hendak mempertahankan viva kita dan banyak lagi!

7 Kelebihan PhD Mosaic:

  1. Membincangkan secara menyeluruh proses penyelidikan bermula daripada cadangan penyelidikan, mencari Penyelia, menulis kajian literature (Literature review) sehingga proses viva & penerbitan
  2. Membincangkan lebih daripada 30 key term utama dalam penyelidikan seperti:
    1. Moderator and Mediator, Antecedents and Consequences, Theoretical and Conceptual Framework, Hypothesis and Popositions, Stance,Triangulation, Justification, Rigor, Taxonomy, Contributions, Gaps, Positions, Positivist, Interpretivist, Objectivity vs Subjectivity, Operationalization, Methodology, Method, Technique and Tools
  3. Dapat meneroka bagaimana untuk membina conceptual/theoretical framework dengan lebih baik
  4. Memudahkan perjalanan pascasiswazah dengan memudahkan urusan untuk membuat jadual – jadual yang terlibat dalam PhD kita
  5. Tips PERCUMA berkenaan bagaimana untuk mempertahankan cadangan penyelidikan (research proposal), year upgrading dan bagaimana untuk mengekalkan rentak penulisan tesis kita!
  6. PhD Mosaic akan disampaikan oleh penyelidik yang menjalankan kajian mengenai PhD dan penulis bagi BUKU PHD MOSAIC sendiri!
  7. Dapat “face to face” untuk bertanya soalan yang terbuku di minda dan penceramah kita sangat sporting!

PhD Mosaic bukan hanya ingin memudahkan perjalanan PhD kita, tapi PhD Mosaic ingin memastikan kita untuk “Grad on Time”! 🙂

Semoga dipermudahkan urusan kita dan diberkati oleh-Nya, InsyaAllah 🙂

Semoga berjumpa lagi!

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL