no comments

Syarat Untuk Bergraduasi

Sebagai seorang pelajar Master/PhD, kita dinasihat untuk melihat syarat yang perlu kita penuhi (wajib buat) untuk membolehkan kita bergraduasi.

Sememangnya jika kita mendafar sebagai pelajar Master/Phd, secara automatik kita akan kena banyak menulis.

Antara yang perlu kita tulis adalah di dalam bentuk :

  • ‘Conferences Paper’
  • ‘Research Article’
  • ‘Review Article’

Penerbitan jurnal artikel kita perlulah diterbitkan di penerbit yang tertentu seperti Web of Science (WOS), ISI, SCOPUS dan lain-lain lagi.

Berapa jumlah jurnal artikel yang kita perlu terbitkan juga bergantung kepada institusi yang kita mendaftar.

Sebagai contoh, sekiranya kita mendaftar di Universiti Kebangssan Malaysia (UKM),

  • Program Doktor Falsafah: 

Sekurang-kurangnya tiga (3) artikel dalam terbitan jurnal berindeks SCOPUS/ISI dan diterima untuk penerbitan.

  • Program Sarjana: 

Sekurang-kurangnya dua (2) artikel dalam terbitan jurnal berindeks SCOPUS/ISI dan diterima untuk penerbitan.

Selain daripada itu, kenapa kita disarankan untuk terbitkan artikel kita di WOS/ISI adalah kerana kita ingin ‘Impact Factor’ yang tinggi.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘Impact Factor’ ni?

‘Impact Factor’ memberi maksud berapa ramai/banyak artikel yang kita terbitkan telah di rujuk dan di ‘cite’ kan oleh orang lain.

Semakin tinggi bilangan artikel kita di rujuk & di ‘cite’, semakin tinggi ‘impact factor’ jurnal artikel kita.

Jurnal artikel kita dianggap sebagai jurnal artikel yang berkualiti.

Seterusnya, antaranya syarat lain yang perlu dipenuhi ialah kita perlu mencapai target H-index.

Sebagai contoh, jika kita diperlukan untuk mencapai H-index = 4, jadi kita perlu terbitkan sekurang-kurangnya 4 jurnal artikel, dan setiap satu dari jurnal artikel perlulah di ‘cite’ sekurangnya 4 kali.

Andai kata H-index kita perlu 10, walaupun kita dah terbitkan 10 article, dan cuma 1 jurnal artikel yang di ‘cite’ sehingga 100 kali pun, dan lagi 9 jurnal artikel 0 ‘citation’, H-index kita akan jadi = 1.

H=index adalah purata.

Seterusnya, hanya daripada ‘References’ di dalam jurnal artikel kita, boleh menunujukkan betapa berkualitinya jurnal artikel kita.

Macam mana? Sekiranya ‘References’ kita adalah terdiri daripada artikel-artikel yang ber-IMPAK tinggi dan sebaliknya.

Tapi macam mana nak dapatkan jurnal artikel yang berimpak tinggi?

Salah satu cara adalah dengan menulis ‘Review Article’. Kenapa? ‘Review Article’ adalah antara artikel yang paling banyak dirujuk.

Memang lumrah manusia ada yang malas membaca satu-satu artikel, jadi dengan hanya membaca ‘Review Article’, seolah-olah kita faham secara kesuluruhannya.

Tetapi, kita perlulah semak semula syarat-syarat ini dengan institusi masing-masing, ini kerana setiap institusi berbeza-beza syaratnya.

Semoga kita semua, terutama nya kepada pascasiswazah lebih fokus dan berusaha sebaik mungkin didalam setiap penulisan, penerbitan dan kajian yang berkualiti.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL