no comments

Penyelidikan Kualitatif

Apa itu penyelidikan kualitatif?

Sebelum kita membuat penterjemahan mengenai penyelidikan kualitatif. Jom kita membuat definisi  dahulu apa itu kualitatif yang sebenarnya

 

Kualitatif menggambarkan kualiti sesuatu dalam bentuk saiz, rupa, nilai, dan lain-lain adjektif. Sifat adjektif ini boleh diubah suai dengan menggunakan perkataan contonhnya sangat dan mempunyai bentuk perbandingan yang superlatif Penyelidikan Kualitatif  Penyelidikan Kualitatif merupakan penyelidikan yang berbentuk semulajadi. Ini bermaksud penyelidik-penyelidik kualitatif akan mengkaji, memahami dan mentafsir fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. Kajian berbentuk kualitatif boleh dibuat dengan pelbagai cara contohnya secara temubual, pemerhatian, gambar, atau kajiselidik dalam bentuk jawapan terbuka. Kesemua data ini perlu di proses dalam bentuk data yang interpretatif supaya difahami oleh pembaca.

Ada pelbagai cara untuk membantu proses analisis data kualitatif, ada kaedah manual yang melibatkan kertas, gunting dan sampul surat. Ada proses yang melibatkan ‘sticky notes’ yang boleh ditampal, ditanggal dan ditampal semula menurut pemahaman penyelidik. Ada juga yang menggunakan pemproses Word atau Excel untuk membuat jadual tema dan konsep analisis data. Dan ada yang menggunakan perisian berkomputer untuk analisis data kualitatif (“computer-aided qualitative data analysis software” atau ringkasnya “CAQDAS”). Untuk memudahkan para penyelidik memproses data kualitatif, anda boleh menggunakan ATLAS.ti software.

 

Apakah itu ATLAS.ti?

 

ATLAS.ti ialah sebuah perisian CAQDAS yang dihasilkan oleh syarikat ATLAS.ti Scientific Software Development GmbH dan berpengkalan di negara Jerman. ATLAS.ti mempunyai pelbagai ciri-ciri dan fungsi yang boleh membantu penyelidik membuat analisis data bagi tujuan laporan data interpretatif. Artikel ini ditulis dengan rujukan utama kepada versi perisian ini yang terkini iaitu versi 8 Windows.

 

Faedah-Faedah menggunakan ATLAS.ti sebagai software interpret data kualitatif

  • Sokongan pelbagai instrumen pengumpulan data
  • Sokongan pelbagai format data kualitatif
  • Import data Twitter untuk analisis media sosial
  • Import nota Evernote untuk analisis lanjutan
  • Import rujukan EndNote, Mendeley, Zotero, dsb.
  • Import data kajiselidik
  • ti mengekalkan konsep ‘pen dan kertas’
  • Eksplorasi data menggunakan ‘Word Crunch’ dan ‘Word Cloud’
  • Mudahnya pengekodan secara deduktif bagi konsep sedia ada
  • Pengekodan induktif untuk menghasilkan konsep baharu
  • Pencarian kata kunci menurut konteks menggunakan ‘Auto-coding’
  • Ruangan refleksi kajian menggunakan ‘Memos’
  • Eksplorasi analisis secara visual menggunakan ‘Network views’
  • Output tekstual sebagai panduan penulisan laporan
  • Output numerikal bagi mendapatkan frekuensi Codes dalam data
  • Fungsi ‘Project Bundle’ memudahkan backup atau pindahan analisis ke komputer lain
KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL