no comments

“Proofreading?”

“Proofreading” atau baca pruf ialah menyemak penulisan untuk mengurangkan kesilapan di dalam penulisan tesis dan membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang lebih bagus. Tesis akan ditolak beberapa kali oleh supervisor kerana kesilapan-kesilapan yang kita sendiri tidak perasan. Kita boleh membuat baca pruf sendiri sebelum menghantar tesis kepada supervisor.

Sebelum menghantar tesis, kertas kajian atau apa-apa dokumen bertulis, ianya amat penting untuk membaca pruf terlebih dahulu. Baca pruf ini ialah langkah terakhir sebelum boleh menganggap sesuatu dokumen itu telah siap.

Semasa membaca pruf, kita perlu membaca dengan teliti adakah isi di dalam tesis itu ada berkaitan dengan apa yang kita ingin sampaikan. Jika ada isi yang tidak berkaitan dengan tajuk tesis, kita perlu menukar balik isi tersebut untuk memastikan dokumen tersebut selari dengan tajuk tesis.

Selepas membaca dokumen tersebut, langkah seterusnya ialah menyemak kesalahan ejaan, penggunaan kata, tatabahasa dan tanda baca. Jika terdapat kesalahan-kesalahan ini, digalakkan untuk kita menukar kesalahan tersebut secepat mungkin.

Sebelum menganggap proses baca pruf selesai, kita perlu memastikan cara penulisan  kita mengikut referensi yang disarankan oleh supervisor kita. Adakah perlu menggunakan gaya MLA, APA, ASA, AMA, Chicago, CSE, Turabian, AP atau gaya-gaya yang lain.

Jika kita masih tidak yakin dengan baca pruf yang kita lakukan, kita boleh menghantar tesis kepada editor yang menyediakan perkhidmatan baca pruf. Di laman sosial, terdapat banyak editor yang menyediakan perkhidmatan baca pruf ini. Editor profesional boleh baca pruf tesis agar tesis menjadi lebih baik, tepat dan mudah dibaca.

Baca pruf ini bukan sahaja mencantikkan isi kandungan tesis, ia dapat memastikan tesis tidak lagi ditolak oleh supervisor.

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL