no comments

Data Kuantitatif VS Data Kualitatif

Anda tidak tahu mengkategorikan data kajian sama ada tergolong dalam kategori Data Kuantitatif atau Data Kualitatif?

Seperti yang kita tahu, data kajian yang kita perolehi dibahagikan kepada 2 iaitu :

DATA KUANTITATIF – NUMERIC

DATA KUALITATIF – NONNUMERIC

JOM kita lihat contoh situasi dibawah untuk menambahkan pemahaman kita.

Contoh 1

Soalan  : Berapakah tahap kesihatan Puan?

Jawapan : Sederhana (Bukan Nombor)

Kategori : Data KUALITATIF– Nonnumeric

.

Contoh 2

Soalan : Berdasarkan skala 1 hingga 5 (1 mewakili sangat tidak sihat, 5 mewakili sangat sihat) berapakah tahap kesihatan Puan?

Jawapan : 4 (Nombor)

Kategori : Data KUANTITATIF- Numeric

.

Contoh 3

Soalan : Berdasarkan skala 1 hingga 5 (1 mewakili sangat tidak sihat, 2-tidak sihat, 3-sederhana, 4-sihat, 5 mewakili sangat sihat) berapakah tahap kesihatan Puan?

Jawapan : 3

Kategori : Data KUALITATIF -Nonnumeric

Tetapi nombor. Betul tetapi nombor itu cuma perwakilan kepada sederhana..

.

Contoh 4

Soalan : Berapakah gred gaji Puan?

Jawapan : DS45

Kategori : Data KUALITATIF -Nonnumeric

Tetapi nombor.  Aik? Bukan ke DS45 tu nombor? Betul tetapi nombor itu cuma perwakilan gred.

.

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL