no comments

3 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Semasa Membina Soal-Selidik

Sebagai seorang penyelidik yang mahukan data kajian yang yang terbaik, perlulah kita tidak melakukan perkara-perkara yang mendorong kita memperoleh data yang salah dari para responden.

Berikut merupakan faktor yang perlu kita elakkan semasa membina soal-selidik :

  • SOALAN BERUNSUR NEGATIF

Perlu kita ELAK-kan dari mengunakan unsur NEGATIF didalam soal-selidik.

Soalan yang mengandungi perkataan ‘TIDAK’ boleh jadi sukar untuk difahami – terutamanya apabila meminta responden untuk bersetuju atau tidak bersetuju

Sebagai Contoh :

Teknologi Maklumat & Komunikasi TIDAK menjadikan seseorang itu menjadi lebih kreatif.

(a) Setuju

(b) Tidak Setuju

 

  • b. SOALAN BERUNSUR BIAS.

Terdapat soalan yang disediakan akan menggalakkan responden menjawab di dalam cara yang tertentu.

Sebagai Contoh :

Adakah anda SETUJU atau TIDAK SETUJU dengan pernyataan dibawah

” NEGARA AKAN MENJADI MISKIN JIKA KAKITANGAN DALAM SEKTOR AWAM SERING MEMINTA KENAIKAN GAJI?”

Pertanyaan seperti di atas akan mendorong para reponden untuk menjawab TIDAK BERSETUJU.

Untuk mengelakkan kita dari membuat kajian yang tidak menepati syarat, maka Haruslah kita mengelakkan soalan yang berunsur BIAS.

 

  • ELAKKAN ‘DOUBLE BARRELED QUESTION

Soalan ‘Double Barreled’ atau dikenali sebagai ‘Double-Direct Question’.

Soalan jenis ini biasanya terjadi apabila soalan yang menyentuh/merangkumi lebih dari satu isu yang sama/berlainan tetapi hanya membolehkan untuk menjawab satu jawapan sahaja.

Cuba anda bayangkan, jika anda meminta responden untuk menjawab 2 persoalan yang berbeza didalam satu soalan yang sama,  kemungkinan besar akan mengelirukan responden untuk menjawab

Jika responden tidak memahami soalan yang dikemukakan & tidak boleh respon kepada soalan tersebut, kita sebagai penyelidik akan mendapat ralat dalam pengukuran (measurement error).

Sebagai Contoh :

Adakah anda bersetuju bahawa tempat letak kereta di kawasan kampus bermasalah dan pihak pentadbiran perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu ini?

Untuk penyelesainya, kita boleh pecahkan soalan diatas kepada 2 bahagian.

.

Sekiranya anda ingin tahu lebih mendalam bagaimana untuk membina soal-selidik yang mematuhi rangka kerja kajian anda, sertai kami di ‘One Day Workshop On Questionnaire Design’

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL