no comments

Kejayaan Untuk Semua

 “Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup , kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan, tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan”

.

Tanda-tanda bijak pandai seseorang itu dapat kita lihat daripada sifat ingin tahu yang amat tinggi dalam dirinya. Dalam pelbagai perkara khususnya dalam bidang dan khusus mereka tersendiri. Sifat itu sangat jelas dalam kalangan individu yang berfikiran positif dan suka mengemukakan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang pelbagai perkara. Sifat ingin tahu yang mendalam menunjukkan kematangan seseorang individu itu untuk berfikir.

.

Individu yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sentiasa akan ketagih dan dahagakan sesuatu perkara yang baru, yang kita boleh kira sebagai maklumat tambahan dan penerangan lebih lanjut berkaitan dengan sesuatu perkara.

.

Kalau kita tanya semua orang di muka bumi ini, pasti semua mahukan kejayaan dan kecemerlangan dalam diri masing-masing. Bukan calang-calang orang yang mampu menjadi seorang yang bijak pandai tidak kira dalam faktor apa pun. Kejayaan dalam pelajarannya, dalam kerjayanya dan macam-macam lagi. Banyak ranjau dan duri yang perlu kita tempuhi untuk menjadi seorang yang berilmu. “kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar”

.

Persoalannya, apakah yang perlu kita lakukan dan ubah pada diri kita untuk mencapai sesuatu kejayaan dan menjadi seorang yang berilmu dan mampu membantu individu-individu yang lain diluar sana. Kita lihat kronologi yang simple dan mampu kita fikir ada baiknya dan boleh dijadikan pengajaran pada diri kita sendiri.

.

-Penulis yang hebat menghabiskan masa nya dengan membaca untuk menulis

-Penari yang berbakat menghabiskan masanya untuk menari

-Ahli sains yang hebat menghabiskan masanya untuk mendalami dan megkaji ilmu sains

-Pakar statistik yang hebat menghabiskan masanya untuk melakukan kajian dan mengumpul data

“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.”

Fokus adalah faktor utama kepada kejayaan. Fokus pada kemahiran yang kita mahu, satu kemahiran ditumpukan dengan fokus dan usaha sebanyak mungkin akan membantu seseorang itu meningkatkan ilmunya sedikit demi sedikit. Fokus sangat membantu seseorang itu mencapai target dan apa yang kita mahukan dalam hidup. Ianya akan nampak lebih teratur dengan tujuan dan fokus kita sendiri. Mula atur langkah untuk luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk mencapai apa yang kita mahu dengan membina kejayaan dalam diri kita sendiri. Satu perkara yang perlu kita pegang “kalau kita mahu, mesti kita perlu dapatkan”.

.

Perlu bersedia untuk ubah cara berfikir,Perlu sedia untuk ubah cara bertindak,Perlu sedia untuk ubah cara bekerja, Belajar dan belajar untuk meneroka cara baru yang lebih baik dan bermanfaat. Tips ini sangat diperlukan untuk kita yang mahukan kejayaan dalam diri. JOM UPGRADE DIRI KITA!!!

.

“ Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahgiaan”

#Sharetips#Tipsoftheday#semamos#mpws

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL