no comments

Rezeki Allah Datang Sekelip Mata Tanpa Diduga

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA…sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN…sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi…sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI…

lll SHARING lll

ALLAH beri ujian supaya kita kembali kepadaNYA & selalunya, Ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih sedar dan ingin menjadi yang terbaik.

.

Dalam Al-Quran Al-Kareem, Allah ada menyebut bahawa setiap Ujian yang diberikan pada kita mengajar kita untuk sentiasa merendah diri dan Redha dengan setiap ujian yang datang. Dan semestinya setiap keperitan yang dialami akan datang kemanisan nya di kemudian hari.

.

Lihat pada mereka yang berjaya dalam bidang tersendiri. Setiap daripada mereka sudah pasti mempunyai kisah kegagalan masing-masing dan bagaimana mereka tidak berhenti berusaha dan terus mencuba sehingga mereka Berjaya. Kegagalan bermakna kita telah mempelajari sesuatu dan tidak tahu beberapa perkara lagi. Kegagalan juga bermakna kita perlu mengambil masa yang lebih lama untuk Berjaya dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. “ Kita perlu berprinsip jika sesuatu itu sememangnya hak kita maka ia memang hak kita”

.

Hal ini bermaksud gagal sekali bukan gagal buat selama-lamanya. Kegagalan boleh dijadikan penanda aras bahawa kita patut berusaha lebih gigih untuk mencapai apa-apa yang kita inginkan. Usaha sebelum kegagalan itu dilihat sebagai satu proses percubaan untuk mencapai sesuatu.

.

Kita lihat contoh yang bagi saya semua orang maklum, mengejar ‘Doktor Falsafah’ bukanlah semudah ianya disebut. Banyak kisah suka duka yang perlu dilalui sebelum mereka berjaya menggapai peringkat tertinggi dalam bidang pengajian akademik ini. Antara cabaran dan tekanan mereka sebagai penuntut PHD , semestinya tekanan untuk Tesis ,tekanan tanggungjawab kepada keluarga, Tekanan persekitaran dan sebagainya.

.

Produk akhir pengajian PHD adalah tesis. Sehebat manapun kita, Untuk menulis, kita perlu ada kemahiran menulis, melaporkan, mengkritik dan berhujjah. Bila menyentuh tentang masa, sudah tentulah yang membantu kita adalah pengurusan masa yang baik. Kita perlu mengumpamakan hidup kita seperti seseorang yang mahu Berjaya dalam bisness. Menyelesaikan PhD pun lelahnya setara dengan menjalankan bisness sendiri. “Kalau dia boleh, kenapa kita tidak!”

 

 

Satu lagi kisah tentang sahabat saya yang bernama Adam bin Ahmad. Saya berjumpa dengan beliau ketika reunion baru-baru ini setelah hampir 5 tahun tidak bertemu. Sahabat yang sangat saya kagumi serta boleh menjadi Role Model kepada semua sahabat-sahabat yang lain pada waktu ini. Adam merupakan sahabat saya  ketika di Universiti. 5 tahun lalu, ketika hari konvokesyen kami semua bergembira meraikan kejayaam masing-masing tanpa menyedari Adam tiada kerana beliau tidak dapat grade on time bersama kami semua. Pelbagai persoalan yang keluar di dalam pemikiran kami semua ketika itu. Terdetik didalam hati saya,  “Tika kami semua sedang bergembira, ada seorang sahabat yang sedang berduka”.

.

Beliau menceritakan kepada saya, langkah untuk menghabiskan pengajian perlu dilakukan walaupun dengan setiap cabaran dan masalah yang dia hadapi pada ketika itu. Untuk menyambung dua semester tanpa rakan-rakan sebatch merupakan pengalaman yang sangat luar biasa bagi beliau. 3 perkara positif yang beliau pegang dalam hidupnya untuk Berjaya, Niat yang betul, seterusnya Sabar dan tidak putus asa dan semestinya beliau Yakin dengan setiap aturan dan ketetapan Allah padanya. “Allah menyukai orang yang sabar dan ikhlas. Maka tersenyumlah dikala sedih, tetap memaafkan saat kecewa”.

.

Walaupun proses untuk menghabiskan sesi pembelajaran agak lewat dari rakan lain, berkat usaha dan doa Adam, kini beliau adalah seorang usahawan yang berjaya. Adam sudi bercerita mengenai cabaran dan episod kegagalan sebelum mempunyai sebuah perniagaan yang kukuh. Kami amat berbangga dengan kejayaan beliau, sedang kami habis belajar sedikit awal dari beliau, kami hanya bekerja makan gaji sedang rezeki beliau lebih baik. Betullah, ketetapan Allah sangat pasti, dan kita sebagai hamba perlu ikut setiap yang Allah aturkan dengan sabar dan sentiasa meng-UPGRADE diri menjadi yang lebih baik.

.

Pepatah orang putih ada mengatakan “ When vision is clear the action become easier”. Lagi besar impian kita, lagi besar usaha, ilmu dan semangat kita.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL