no comments

KEGIGIHAN SEORANG IBU MUDA MENUNTUT ILMU.

Saya cuma nak kongsikan satu pengalaman iaitu pada11/3/2017 (Sabtu) yang lepas, kami mengadakan satu bengkel Research Proposal di MPWS Training Centre yang dihadiri seramai 18 peserta .
.
Antara ramai-ramai peserta tu, ada seorang insan mulia, yang bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar malah turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.
.
Sambil ibu muda tu pangku dan dodoikan anak nya, beliau turut mendengar (belajar) bersama-sama sepanjang sesi workshop itu berlangsung. Bukan senang nak buat 2 kerja dalam satu masa.
.
Terasa perasaan kagum tu datang dalam diri.
.
Orang yang dahagakan ilmu ni, sanggup buat apa-apa supaya mereka boleh dapat ilmu tu, segala cabaran yang ada depan mata bukan lah penghalang untuk mereka jadikan sebagai alasan.
.
Saya juga nak kongsi kata-kata yang saya jumpa
‘Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi harta mu & di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasan mu’.
.
p/ gambar yang digunakan, sudah diberi keizinan oleh ibu muda tersebut.

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL