no comments

7 Cara Berkesan Mantapkan Hubungan “Supervisor- Supervisee”

KOMUNIKASI dan PERSEFAHAMAN yang BAIK merupakan antara elemen yang PENTING dalam hubungan antara penyelia dan pelajar. Apabila hubungan antara penyelia dan pelajar mantap, barulah semua urusan akan lebih mudah dan berjalan lancar seperti yang sepatutnya.

Bayangkan, sering berlaku perselisihan faham antara kita dan penyelia, pastinya sukar untuk kita teruskan dengan kajian dan penyelidikan kita. Tekanan dengan kajian dan penyelidikan sendiri telah memeningkan kepala, tambah pula dengan masalah memahami “Supervisor” kita.  Mulalah stress dan mula rasa nak “give up”.

Macam mana cara kita nak perbaiki hubungan dengan ‘Supervisor’? Jadi, di sini, saya belanja 7 Cara Berkesan Mantapkan Hubungan “Supervisor- Supervisee”:

  1. Fahamkan dalam diri , SANGAT PENTING untuk kita menjaga Hubungan “Supervisor-supervisee”.
  2. Pastikan anda mempunyai “First Supervisor” dan “Second Supervisor” berbanding mempunyai seorang “Supervisor” yang memainkan dua peranan.
  3. HORMAT “Supervisor” anda. Penting! Bila kita hormat orang, layanan yang kita dapat akan lebih positif.
  4. Cuba untuk capai “expectation” yang ditetapkan oleh penyelia. Sekiranya tidak dapat tunaikan, cuba untuk bangkitkan isu/ masalah tersebut semasa sesi perbincangan.
  5. Kenalpasti cara yang berkesan untuk mengelakkan jurang dalam berkomunikasi dengan “supervisory team” anda. Sebagai contoh, cuba cari persamaan dalam kumpulan anda.
  6. Pastikan setiap kali anda tinggalkan pejabat “Supervisors” anda, anda dan penyelia sama-sama setuju dengan tarikh “next meeting” tersebut.
  7. Selalu “ON TIME” setiap kali perjumpaan dengan penyelia anda dan tunjukkan komitmen anda.

Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda dan memberikan manfaat kepada anda. Semoga urusan anda dipermudahkan, InsyaALLAH, Amin. Jumpa lagi !

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL