no comments

Tak perlu Risau dengan Analisa Data yang Kompleks. 7 Tips ini Mungkin Membantu Anda [ Siri 3 ]

1. Eksplorasi analisis secara visual menggunakan ‘Network views’

Anda mempunyai pilihan untuk memaparkan analisis anda secara visual, iaitu dengan menggunakan fungsi ‘network views’ dalam ATLAS.ti, seperti penggunaan aplikasi peta minda. Cumanya dalam ATLAS.ti, paparan ‘network views’ membolehkan anda memasukkan dan menghubungkan elemen-elemen sedia ada (ataupun baharu) yang berkait dengan analisis kajian anda, seperti Codes, Memos, segmen data, dokumen, dan lain-lain.

Rajah 15

 

 

 

2. Output tekstual sebagai panduan penulisan laporan

Kadang-kadang, penyelidik sukakan laporan tekstual bagi tujuan penulisan laporan dapatan kajian. Fungsi ini juga disokong dalam ATLAS.ti yang mana anda mempunyai kebebasan untuk memaparkan laporan tekstual kajian untuk dokumen, segmen data, Codes, Memos dan elemen-elemen lain dalam projek ATLAS.ti anda. Laporan tekstual ini sudah tentu akan bermanfaat untuk anda menyediakan laporan dapatan kajian anda kelak.

 

Rajah 16

 

 

 

 

3. Output numerikal bagi mendapatkan frekuensi Codes dalam data

Selain laporan secara visual dan tekstual, anda juga boleh menghasilkan laporan secara numerikal bagi memaparkan frequensi Codes dalam data anda. Frekuensi Codes ini boleh dipaparkan melalui dua indikator, iaitu sama ada bilangan segmen data, atau bilangan patah perkataan bagi Codes tertentu terhadap mana-mana (atau semua) dokumen dalam projek analisis anda.

Rajah 17

 

4. Fungsi ‘Project Bundle’ memudahkan backup atau pindahan analisis ke komputer lain

Sebagai sekuriti dan backup projek anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini terhadap projek ATLAS.ti anda, atau anda mahu pindahkan projek anda daripada satu komputer ke komputer yang lain, anda boleh menggunakan fungsi ‘Project bundle’ iaitu kaedah backup yang paling disarankan dalam sesebuah projek ATLAS.ti. Untuk menyediakan fail ‘Project bundle’ ini, anda cuma memerlukan beberapa saat sahaja, dan dalam beberapa klik sahaja.

Rajah 18

 

 

5. Kekuatan syarikat sejak tahun 1993

Syarikat pengeluar perisian ATLAS.ti iaitu ATLAS.ti Scientific Software Development GmbH yang berpengkalan di Berlin, Jerman, adalah sebuah syarikat yang kukuh sejak daripada tahun ia ditubuhkan iaitu 1993. Sehingga hari ini, perisian ATLAS.ti dikemaskini sebanyak 8 versi untuk Windows (iaitu versi terkini Versi 8 Windows yang dilancarkan pada bulan Disember 2016) dan menjadi pilihan utama penyelidik kualitatif di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan negara-negara lain di Eropah, Asia dan beberapa benua lain. Trend masa kini memperlihatkan potensi penggunaan ATLAS.ti akan lebih berkembang ke serata dunia dan digunakan oleh bukan sahaja penyelidik kualitatif, tetapi juga penyelidik kuantitatif – terutamanya bagi tujuan literature review menggunakan ATLAS.ti.

Rajah 19

 

 

 

6. Khidmat sokongan emel dan telefon, serta kumpulan sokongan di Malaysia

ATLAS.ti menyediakan khidmat sokongan emel dan juga telefon yang dipaparkan di laman web dan dikongsikan dalam pelbagai medium media sosial seperti Twitter, Facebook, Twitter dan Youtube. Secara khusus untuk Malaysia, kumpulan sokongan yang dimaksudkan ialah ‘ATLAS.ti Researchers’ Group’ di Facebook: https://www.facebook.com/groups/atlastiresearchers/ dan juga laman ‘Literature Review and Qualitative Data Analysis Using ATLAS.ti’ juga di Facebook: https://www.facebook.com/LiteratureReview.QualitativeDataAnalysis .

Rajah 20

 

 

 

7. Latihan secara berkala oleh ramai jurulatih di Malaysia

Hingga hari ini, terdapat ramai jurulatih ATLAS.ti di Malaysia selain daripada saya, dan latihan ATLAS.ti disampaikan di beberapa institusi dan universiti, serta penyedia latihan korporat seperti MPWS di Bandar Baru Bangi, Selangor yang menyediakan kursus ATLAS.ti untuk literature review dan juga analisa data kualitatif. Sudah tentu latihan secara berkala dan berterusan seperti ini membolehkan ilmu penggunaan ATLAS.ti disampaikan kepada seramai mungkin penyelidik untuk manfaat bersama, insha Allah.

Rajah 21

 

Kredit : Dr Ani Munirah 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL