no comments

Penulisan Tesis Secara Efisyen Dan Menjimatkan Masa

Salam Sejahtera para pascasiswazah 1 Malaysia,

Bengkel Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel bersama Dr. Othman Talib akan di adakan di Hotel UiTM Dungun, Terengganu pada bulan 18 Febuari 2017 nanti.

Pernah dengar Mendeley?

Mungkin Tuan/Puan/Cik ada perisian Mendeley tetapi tidak tahu cara menggunakannya.

Baiklah, kami kongsikan dengan Tuan/Puan/Cik berkenaan Mendeley

==============

Perisian Mendeley sebagai “Reference Manager” Dalam Penulisan Tesis?

Reference Manager adalah perisian yang juga dikenali sebagai Citation Manager atau Bibliographic Manager software. Ini bermakna Reference Manager adalah perisian yang fungsi utamanya ialah mengurus petikan dengan nama pengarang dan menyediakan senarai rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku, bab dalam buku, artikel jurnal dan petikan daripada sumber Internet.

 

Diantara kelebihan “Mendeley” adalah:

✔ Membantu penulis dalam pencarian reference secara online

✔ Paparan penuh sticky notes dan text highlighting

✔ Membantu mengekstrak meta data dari fail PDF

✔ Membantu pencarian “author”, “titles”, “tag” dan “note”

✔ Sychronization dan back up data menerusi komputer

✔ Mengimport sumber daripada Google Scholar, PubmED, Papers

✔ Eksport fail BibTex, import dari EndNote

✔ Menyusun sumber rujukan mengikut format yang penulis inginkan dengan hanya sekali click sahaja

.

Prinsip Reference Manager agak mudah. kita cuma perlu masukkan butiran rujukan sebagai rekod buat pertama kali ke dalam Reference Manager, dan sumber ini boleh digunakan berulang kali dalam penulisan ilmiah mengikut stail format yang telah anda pilih. Reference Manager ini akan menjana penulisan petikan dengan nama pengarang dalam perenggan dan juga menjana senarai rujukan. Rujukan yang telah direkodkan akan disimpan menjadi pengkalan data dalam simpanan komputer peribadi kita.

.

Perisian Mendeley mampu membantu calon Sarjana / PhD membentuk stail penulisan petikan dengan nama pengarang (citation) serta rujukan (reference/ bibliography) dengan betul dan konsisten.

.

Adalah penting kepada calon Sarjana / PhD untuk MEMPELAJARI perisian Mendeley dalam membuat reference di bahagian awal, pertengahan dan bahagian akhir tesis nanti.

.

Sama-sama mempelajarinya di dalam Bengkel Tulis Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel Mendeley pada :-

Tarikh:            18 Febuari 2017

Tempat:          Hotel UiTM Dungun Terengganu

Masa :             8.30 pagi – 5.30 petang

Bayaran :        RM 230.00

Speaker :        Dr Othman Talib

Pendaftaran: http://bit.ly/TTPTerengganu

Sekiranya berminat untuk mengikuti Bengkel Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel Mendeley, boleh klik di :  http://bit.ly/TTPTerengganu

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Cik Adila : seminar@postgraduatebookstore.com.my  atau di talian 03-8912 7212

Jom kita beramai-ramai ke Bengkel Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel ini supaya lebih banyak ilmu dapat dipelajari untuk memudahkan penulisan tesis kita.

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL