no comments

Analisa Data yang Kompleks? 7 kaedah efektif dengan Atlas.ti [ Siri 2 ]

Melaksanakan Analisa Data yang kompleks kadangkala memeningkan. Justeru, Tips yang efektif perlu untuk memperoleh Analisa Data yang komprehensif dan berkualiti. Berikut adalah 7 kaedah dengan Atlas.ti.

 

1.ATLAS.ti mengekalkan konsep ‘pen dan kertas’

Sekiranya anda adalah seorang penyelidik yang biasa membuat analisis data kualitatif secara manual, anda pasti biasa dengan konsep ‘pen dan kertas’ yang selaras dengan kaedah analisis manual tersebut. Sudah tentu anda akan gembira untuk mengetahui bahawa perisian ATLAS.ti 8 Windows mengekalkan konsep ‘pen dan kertas’ yang membantu anda melihat analisis menurut konteks.

Rajah 08

 

 2. Eksplorasi data menggunakan ‘Word Crunch’ dan ‘Word Cloud’

ATLAS.ti juga memudahkan anda untuk membuat eksplorasi data tekstual anda untuk memaparkan setiap perkataan yang muncul dalam data anda berserta frekuensi kekerapan perkataan tersebut dinyatakan dalam data itu tadi. Sekiranya anda inginkan paparan tersebut dalam bentuk jadual, maka anda boleh memilih untuk menggunakan fungsi ‘word cruncher’ , manakala sekiranya anda mahukan paparan dalam bentuk visual, maka anda boleh memilih untuk menggunakan fungsi ‘word cloud’. Ini sudah tentu memboleh anda mendapat pandangan secara menyeluruh berkenaan setiap perkataan yang digunakan dalam data anda.

 

Rajah 09

 

 

 

Laporan ‘word cruncher’ dalam format Excel

 

Rajah 10

 

 

 

3. Pengurusan konsep kajian menggunakan ‘Codes Manager’

 

Konsep-konsep yang anda gunakan dalam analisis anda juga diuruskan dalam ATLAS.ti dengan menggunakan fungsi ‘Codes Manager’. Bukan sahaja Codes Manager akan mengumpulkan kesemua konsep-konsep dalam analisis anda, tapi ia juga membolehkan anda melihat jumlah frekuensi setiap Codes tersebut, dan memudahkan anda membuat hubungkait antara setiap satu Codes, di samping menggunakan fungsi ‘Code Groups’ untuk membolehkan anda membuat eksplorasi Codes berdasarkan ciri-ciri yang sama.

 

 

 

 

Rajah 11

 

 

4. Mudahnya pengekodan secara deduktif bagi konsep sedia ada

 

Mungkin anda sedia mempunyai rangka kajian dengan konsep-konsep yang jelas untuk analisis data anda. Anda boleh sahaja menambahkan konsep-konsep tersebut sebagai Codes dalam ATLAS.ti bagi memudahkan anda membuat pengekodan secara deduktif. Apabila sedia ada dalam ‘Codes Manager’ tersebut, maka adalah lebih mudah untuk anda membuat pengekodan secara ‘drag’ dan ‘drop’ ke atas mana-mana segmen data untuk menghubungkan Codes tersebut kepada segmen data itu tadi.

 

 

Rajah 12

Rajah 12. Hubungkait Codes secara deduktif dengan segmen data dalam AT

 

 

 5. Pengekodan induktif untuk menghasilkan konsep baharu

 

Berlawanan dengan pengekodan secara deduktif, anda mungkin perlu membuat pengekodan secara induktif dari semasa ke semasa. Lazimnya, pengekodan induktif berlaku apabila anda membuat pembacaan/pemerhatian data dan anda mendapati terdapat segmen yang memberikan idea baharu atau boleh digeneralisasi terhadap fokus kajian anda. Maka anda boleh mengekod segmen tersebut secara ‘in-vivo’ ataupun memberikan nama Code baharu (juga dikenali dengan nama ‘Open coding’) untuk dihubungkan dengan segmen itu tadi.

 

Rajah 13

 

 

6. Pencarian kata kunci menurut konteks menggunakan ‘Auto-coding’

 

Satu lagi fungsi yang amat membantu dalam pencarian kata kunci dan dalam konteks apa kata kunci tersebut digunakan dalam satu (atau beberapa atau semua) data tekstual anda adalah ‘auto coding’. Fungsi ini membolehkan anda memberikan arahan kepada ATLAS.ti untuk membuat carian kata kunci tertentu dalam skop carian tertentu, dan menetapkan saiz segmen yang anda inginkan (sama ada ayat, perkataan atau perenggan) dan hubungan dengan Codes yang anda tetapkan. Fungsi ini amat sesuai digunakan sekiranya anda ingin mendapatkan pandangan umum terhadap penggunaan sesuatu kata kunci dalam konteks data tekstual anda, terutamanya fungsi ‘auto coding’ ini akan menunjukkan kepada anda konteks penggunaan kata kunci tersebut untuk rujukan anda seterusnya. .

 

 

Rajah 14

 

 

 7. Ruangan refleksi kajian menggunakan ‘Memos’

 

Dalam keadaan lain, anda juga memerlukan ruang untuk memasukkan refleksi kajian atau pandangan anda mengenai sesuatu konsep atau fokus kajian yang berkaitan dengan analisis anda. Maka, anda boleh menggunakan fungsi ‘memos’ dalam ATLAS.ti untuk meletakkan refleksi tersebut. Anda juga boleh menambah objek-objek lain dalam memo tersebut seperti gambar, graf, dan sebagainya. Memo tersebut seterusnya boleh dihubungkan dengan mana-mana elemen lain dalam ATLAS.ti untuk pemahaman yang lebih mendalam.

 

Kredit : Dr Ani Munirah

 

 

 

KOMEN ANDA

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL