no comments

Pelajar Mengeluh Buat Analisa Data ? Nahhh 7 Sebab Kenapa Kena Guna ATLAS.ti [ Siri 1 ]

Anda ada data dalam bentuk temubual? Atau mungkin data pemerhatian dalam bentuk gambar atau video? Atau kajiselidik dalam bentuk jawapan terbuka? Ini semua adalah data mentah yang anda perolehi untuk kajian anda. Anda perlu memproses data mentah ini, untuk menukarkannya menjadi bentuk data interpretatif supaya difahami oleh pembaca. Lazimnya, data interpretatif itu tadi akan dilaporkan dalam Bab dapatan kajian anda.

 

Ada pelbagai cara untuk membantu proses analisis data kualitatif, ada kaedah manual yang melibatkan kertas, gunting dan sampul surat. Ada proses yang melibatkan ‘sticky notes’ yang boleh ditampal, ditanggal dan ditampal semula menurut pemahaman penyelidik. Ada juga yang menggunakan pemproses Word atau Excel untuk membuat jadual tema dan konsep analisis data. Dan ada yang menggunakan perisian berkomputer untuk analisis data kualitatif (“computer-aided qualitative data analysis software” atau ringkasnya “CAQDAS”).

 

Apakah itu ATLAS.ti?

 

ATLAS.ti ialah sebuah perisian CAQDAS yang dihasilkan oleh syarikat ATLAS.ti Scientific Software Development GmbH dan berpengkalan di negara Jerman. ATLAS.ti mempunyai pelbagai ciri-ciri dan fungsi yang boleh membantu penyelidik membuat analisis data bagi tujuan laporan data interpretatif. Artikel ini ditulis dengan rujukan utama kepada versi perisian ini yang terkini iaitu versi 8 Windows.

 

7 Sebab Menggunakan ATLAS.ti Untuk Analisa Data Kualitatif

 

Berikut adalah 7 sebab mengapa saya rekemen penggunaan ATLAS.ti 8 Windows untuk analisa data kualitatif anda.

 

(1) Sokongan pelbagai instrumen pengumpulan data

 

ATLAS.ti menyokong pelbagai instrumen pengumpulan data yang anda jalankan, sama ada dalam bentuk temubual tanpa berstruktur atau separa berstruktur, kumpulan fokus, pemerhatian, pengumpulan gambar atau rakaman,  atau kajiselidik terbuka. (Sila lihat Rajah 1). Oleh itu, anda tidak perlu risau sekiranya instrumen kajian anda sesuai dengan penggunaan ATLAS.ti atau tidak.

 

Rajah 1. Pelbagai instrumen pengumpulan data

rajah-01

 

 

(2) Sokongan pelbagai format data kualitatif

 

Asalkan data anda dalam bentuk kualitatif, dan anda perlu menganalisa data anda secara kualitatif, maka format data tersebut adalah disokong dalam ATLAS.ti. Sebagai contoh, data tekstual seperti .doc, .docx, .rtf, .txt dan .pdf, atau data bergambar seperti .jpg, .jpeg dan .png, data audio dan video seperti .mp3 dan .mp4. (Sila lihat Rajah 2).

 

Rajah 2. Pelbagai format data kualitatif

rajah-02

 

 

(3) Import data Twitter untuk analisis media sosial

 

Adakah anda menjalankan analisis media sosial dengan menggunakan data daripada Twitter? Kini anda boleh menggunakan fungsi ‘Import’ dalam ATLAS.ti untuk mengimport data Twitter menggunakan kata kunci yang anda tentukan sendiri, siap dihubungkan dengan Codes dan Memos dalam ATLAS.ti. Sudah tentu ini memudahkan dan menjimatkan masa dan tenaga kerana ATLAS.ti berupaya untuk mendapatkan data Twitter dengan beberapa klik sahaja daripada dalam ATLAS.ti itu sendiri. (Sila lihat Rajah 3).

 

Rajah 3. Import data Twitter ke dalam ATLAS.ti

rajah-03

 

 

(4) Import nota Evernote untuk analisis lanjutan

 

ATLAS.ti juga memudahkan import nota daripada aplikasi Evernote bagi tujuan analisis lanjutan. Sekiranya anda mempunyai nota lapangan, nota pemerhatian, gambar, lukisan atau apa sahaja nota yang disimpan dalam aplikasi Evernote, anda boleh memasukkan nota tersebut ke dalam ATLAS.ti untuk analisis lanjutan. (Sila lihat Rajah 4).

 

Rajah 4. Import data Evernote ke dalam ATLAS.ti

rajah-04

 

 

(5) Import rujukan EndNote, Mendeley, Zotero, dsb.

 

Dalam sesetengah situasi, anda juga perlu untuk memasukkan rujukan buku teks, artikel jurnal atau keratin akhbar untuk analisis dalam kajian anda. Dan sekiranya anda menyimpan bahan rujukan ini dalam aplikasi pengurusan bibliografi seperti EndNote, Mendeley, Zotero atau seumpamanya, maka anda boleh import kesemua (atau sebahagian) rujukan tersebut ke dalam ATLAS.ti untuk analisis lanjut. Bukan itu sahaja, ATLAS.ti berupaya mengumpulkan rujukan-rujukan yang mempunyai ciri-ciri yang sama mengikut kumpulan tertentu untuk analisis yang lebih teratur. (Sila lihat Rajah 5).

 

Rajah 5. Import rujukan XML ke dalam ATLAS.ti

rajah-05

 

(6) Import data kajiselidik

 

Mungkin juga anda mempunyai data kajiselidik dalam bentuk soalan dan jawapan terbuka yang anda telah kumpul secara fizikal atau atas talian. Dengan menambahkan beberapa simbol ke dalam fail Excel tersebut, ATLAS.ti akan membantu mengumpulkan data tersebut menurut ciri-ciri tertentu untuk analisis yang lebih lengkap. (Sila lihat Rajah 6).

 

Rajah 6. Import data kajiselidik ke dalam ATLAS.ti

rajah-06

 

 

(7) Pengurusan data menyeluruh

 

Anda tidak perlu lagi risau sekiranya mana-mana data anda tercicir daripada perhatian anda, kerana system pengurusan data yang menyeluruh yang disediakan oleh ATLAS.ti menerusi fungsi “Documents Manager” akan memastikan data anda lebih terurus dan mudah dicapai apabila diperlukan. (Sila lihat Rajah 7).

 

Rajah 7. Documents Manager dalam ATLAS.ti

rajah-07

 

Bersambung dalam Siri 2 . Nantikan kemunculan nya. 🙂

Kredit : Dr Ani Munirah 

KOMEN ANDA

Tiada Respon

Komen

TENTANG KAMI | PENAFIAN | HUBUNGI | HANTAR ARTIKEL